OLEH: Taufiq Tuah
Kadangkala akan ada kalimah di dalam Al-Quran yang mempunyai Nun Sakinah (Nun Mati) atau tanwin. Cara bacaannya ialah bergantung kepada huruf apa yg akan bertemu selepas munculnya Nun Sakinah atau Tanwin.
1. IZHAR HALQI
Izhar dari segi bahasa bermaksud 'Jelas, Terang dan Nyata.'
Cara bacaannya ialah baca dengan terang, nyata dan jelas. Bermakna tidak perlu didengungkan sebutan tersebut.
huruf2 Izhar Halqi ada 6 iaitu,
. ء ، ه، ع، ح، غ، خ
2. IDGHAM MAAL GHUNNAH
Idgham dari segi bahasa bermaksud, 'memasukkan'.
Ghunnah pula membawa makna 'dengung'.
Maka cara bacaan untuk Idgham Maal Ghunnah ialah memasukkan huruf Idgham Maal Ghunnah ke dalam huruf seterusnya beserta dengung.
Huruf Idham Maal Ghunnah ialah
ي، و، م، ن
3. IDGHAM BI LA GHUNNAH
La Ghunnah pula membawa maksud tidak dengung.
Cara bacaan Idgham Bi La Ghunnah ialah dengan memasukkan huruf idgham ke dalam huruf seterusnya tanpa dengung.
Huruf2 Idgham Bi La Ghunnah ialah
ل، ر
ل، ر
4. IQLAB
Iqlab bermaksud 'menukarkan'.
Cara bacaannya ialah dengan menukarkan huruf Iqlab kepada sebutan huruf mim.
huruf Iqlab hanyalah huruf ب.
Kebiasaannya akan ada tanda mim kecil pada setiap hukum Iqlab.
5. IKHFAK HAQIQI
iKhfak bermaksud menyembunyikan.
Cara bacaannya ialah dengan menyembunyi huruf2 Ikhfak ketika dalam sebutan.
Huruf2 Ikhfak Haqiqi ialah,
ت، ث، ج، د، ذ، ز، س، ش، ص، ض، ط، ظ، ف، ق، ك،
___________________________
Taufiq Tuah
Telegram: https://t.me/gerakanpenamy
_____________________________
Comments
Post a Comment