Kesesatan Akidah Brelwi

OLEH: Taufiq Tuah

Brelwi adalah satu ajaran yg bermula di Utara India dan terus tersebar sehingga ke Pakistan. Ajaran ini juga telah bercanggah drpd Akidah Ahli Sunnah.

Hal ini kerana mereka menafikan sifat kemanusiaan Rasulullah SAW. Mereka menganggap bahawa Rasulullah SAW diperbuat daripada cahaya. Sedangkan Ahli Sunnah mengiktiraf bahawa Rasulullah SAW ialah juga manusia seperti biasa.

Dalil yg mengatakan bahawa Rasulullah SAW ialah manusia biasa ialah,

"قُلْ إِنَّمَا أَنَا بَشَرٌ مِثْلُكُمْ يُوحَىٰ إِلَيَّ أَنَّمَا إِلَٰهُكُمْ إِلَٰهٌ وَاحِدٌ ۖ "
"Katakanlah: Sesungguhnya aku ini manusia biasa seperti kamu, yang diwahyukan kepadaku: "Bahwa sesungguhnya Tuhan kamu itu adalah Tuhan yang Esa". "
Surah Al-Kahf: 110

Brelwi juga mendakwa bahawa Rasulullah SAW mengetahui segala yg ghaib. Sedangkan di dalam sebuah hadis Muttafaqun Alaih menerangkan,

‘Aisyah, Ummul Mukminin Radhiyallahu anhuma berkata:

وَمَنْ زَعَمَ أَنَّهُ يُخْبِرُ بِمَا يَكُونُ فِى غَدٍ فَقَدْ أَعْظَمَ عَلَى اللَّهِ الْفِرْيَةَ وَاللَّهُ يَقُولُ (قُلْ لاَ يَعْلَمُ مَنْ فِى السَّمَوَاتِ وَالأَرْضِ الْغَيْبَ إِلاَّ اللَّهُ ).
Barang siapa yang mengatakan bahwasanya Rasulullah SAW mengetahui apa yang akan terjadi di esok hari, maka sungguh dia telah berbuat dusta yang besar kepada Allah (kerana) Allah telah berfirman (yang ertinya), ”Katakanlah, tidak ada seorang pun di langit dan di bumi yang mengetahui perkara yang ghaib, kecuali Allah .”

Selain itu, Brelwi juga mendakwa bahawa Rasulullah SAW boleh melihat dan menemui kita (setelah wafat). Hal ini juga bertentangan dengan Islam. Islam mempercayai bahawa semua yg telah pergi, akan meneruskan kehidupan di Alam Barzakh tanpa berpatah balik ke dunia sekarang. Hal ini dapat dilihat dari,

حَتّى اِذَا جَآءَ اَحَدَهُمُ اْلمَوْتُ قَالَ رَبّ ارْجِعُوْنِ(99) لَعَلّيْ اَعْمَلُ صَالِحًا فِيْمَا تَرَكْتُ كَلاَّ، اِنَّهَا كَلِمَةٌ هُوَ قَائِلُهَا، وَ مِنْ وَّرَآئِهِمْ بَرْزَخٌ اِلى يَوْمِ يُبْعَثُوْنَ(100)
"hingga apabila datang kematian kepada seseorang dari mereka, dia berkata, “Ya Tuhanku kembalikanlah aku (ke dunia), (99) agar aku berbuat amal yang soleh terhadap yang telah aku tinggalkan”. Sekali-kali tidak. Sesungguhnya itu adalah perkataan yang diucapkannya saja. Dan di hadapan mereka ada dinding sampai hari mereka dibangkitkan (100) "
Surah Al Mukminun:  99-100

Brelwi juga berpandangan bahawa Rasulullah SAW berkuasa mutlak.Sedangkan yg berkuasa mutlak hanyalah Allah SWT seperti di dalam Surah Al - Maidah ayat 120,

"“kepunyaan Allah-lah kerajaan langit dan bumi dan apa yang ada di dalamnya; dan Dia Maha Kuasa atas segala sesuatu."

Dengan segala penafian akidah Brelwi ini, maka telah jelaslah bahawa Brelwi membawa akidah yang menyeleweng daripada agama Islam.

Wallahualam


Lebih lagi tentang Brelwi :



___________________________
   Taufiq Tuah
    ~
Lajnah Makalah Agama
_____________________________

Comments