Kahwin Bawah Umur VS 'Couple' Zina


Zaman sekarang, bila didengar child marriage semua melompat, sedangkan tiada kesalahan pun dalam Islam pada hakikatnya. Selagi boleh elak berzina, itulah solusi yang terbaik.

Tetapi malangnya, bila couple start form 1 pun, netizen tak sibuk nak melompat. Sedangkan couple tu berdosa, menghampiri zina, itu tak masuk lagi yang ringan-ringan, yang bersama tapi guna nama terlanjur, bab ni netizen tak ada pun melompat.
Benda halal seolah-olah haram. Benda haram seolah-olah halal.
Allahul mustaan.
Hakikatnya, untuk elak zina, ada pelbagai kaedah yg Islam ajar, nikah misyar, khitbah dan sebagainya.
Memang dalam undang-undang syariah kini ditetapkan syarat umur perkahwinan bagi tujuan menjaga maslahah yg lebih besar, tetapi apa yang ingin disebut, ada kalanya maslahah nikah bagi sesetengah kes lebih bermanfaat berbanding zina dan akhirnya melahirkan anak yang tidak sah taraf.
Betul, umur muda menjadikan remaja kurang matang lagi, tetapi ada keadaan ia lebih baik berbanding terlanjur berkali-kali dengan boy friend yang entah nombor berapa.
Ibu bapa memang memainkan peranan penting dalam pembentukan generasi muda. Begitu juga hakikatnya kaedah nikah seperti nikah khitbah dan misyar memang sangat berguna bagi mengelakkan berlakunya perzinaan.
Ada beza besar antara nikah khitbah dengan nikah mut'ah. Sepatutnya jikalau pilihan menangguhkan perkahwinan tidak mampu dilakukan kerana keadaan tidak mengizinkan, seharusnya diberikan kaedah nikah khitbah berbanding membiarkan keadaan tersebut hingga melahirkan generasi zina.
Dalam masa yang sama, jikalau isunya sambung belajar, hakikatnya nikah tak menghalang seseorang sambung belajar. Cuma perlukan support daripada ibu bapa.
Tetapi jikalau nikah bawah umur atau child marriage ini dianggap melanggar hak asasi, sedangkan hakikatnya ianya solusi, mengakibatkan pasangan yang menggunakan solusi ini tertekan dan dipandang serong.
Janganlah kita selaku umat Islam terlalu berkiblatkan barat dalam soal hak asasi. Hakikatnya barat telah gagal sepenuhnya dalam hak asasi mereka. Islam telah membina hak asasi lebih awal sebelum datangnya tamadun barat.
Di negara barat, apabila umur anak sudah mencapai 18 tahun, mereka sudah perlu mencari kediaman sendiri. Berbeza kita yang mana hingga berkahwin baru anak diminta mencari rumah sendiri.
Tetapi malangnya kadangkala sedih bila melihat netizen lebih mengecam child marriage yang halal berbanding zina dan couple yang jelas haram.
Allahul mustaan...
Semoga Allah SWT meneguhkan para pendakwah untuk memahamkan masyarakat yang jahil ini.
Mereka yang mengecam mungkin disebabkan mereka takut isteri tersebut dikongkong oleh suami, dilarang sambung belajar dan sebagainya atas alasan taat suami.
Jikalau isu anak, kini ada banyak cara untuk supaya berlaku tangguh kelahiran sekalipun bersama asalkan halal.
Sedangkan mereka tidak tahu, ada cara sekalipun berkahwin, isteri masih boleh bersama secara halal dan dalam masa yang sama boleh meneruskan pengajian.


Oleh : Ustaz Huzaifah Hadis

Comments