OLEH: Abu Nur Aisyah
Silap bila mengatakan bahawa pandangan tersebut adalah pandangan yang keras dan tidak harmoni, sebaliknya ia merupakan pandangan yang bisa menyelamatkan seseorang Muslim agar tidak terjerumus dengan perkara-perkara yang boleh membatalkan aqidah.
Ucapan juga boleh membawa kepada kerosakan aqidah, bukan sekadar tindakan sahaja.
Nabi shallallahu 'alaihi wasallam adalah insan dan manusia yang paling toleransi kepada semua masyarakat, baik yang Muslim mahupun non muslim. Bahkan Nabi shallallahu 'alaihi wasallam memberikan jaminan keselamatan kepada penduduk Yahudi dan Nasrani di Madinah.
Pun demikian, Nabi tidak pernah mendatangi orang-orang Yahudi dan Nasrani dan mengucapkan selamat buat hari perayaan mereka.
Berhati-hatilah dengan syubhat, prinsip seorang Muslim ada pada surah al-Kafirun ayat yang terakhir, sila lah baca dan hayati prinsip ini disamping menghormati agama lain dan berlaku adil serta tunaikan hak-hak mereka.
___________________________
~
Abu Nur Aisyah
~
Lajnah Makalah Agama
Telegram: https://t.me/gerakanpenamy
Instagram: https://www.instagram.com/gerakanpenamy
_____________________________
Comments
Post a Comment