Pemula Ajaran Tariqat Naqsyahbandi

OLEH: Abu Amru Radzi Othman

Tariqat Naqshbandi dimulakan oleh Abu Yazid Tayfur binʿIsa bin Surushan atau dikenal sebagai Abu Yazid Al Bustami. Lahir di Bistam, Iran dan wafatpun disana.

Datuknya adalah pendita Majusi dan petapa sebelum memeluk Islam. Maka datuk serta ayah dan pakcik-pakciknya memeruskan budaya pertapaan ini sehingga meresap dalam dirinya.

Tidak banyak yang diketahui tentang fasa pendidikan Abu Yazid Al Bustami ini, melainkan sanad tariqat yang dia perolehi.

Dinyatakan bahawa Al Bustami berguru kepada Imam Ja'far As Sadiq lalu mengambik ilmu sufi darinya. Sedangkan Ja'far mengambil dari Qasim bin Muhammad bin Abi Bakr. Sementara Qasim mengambil dari Salman Al Farisi, dan Salman menerima dari Abu Bakr.

Berikut adalah rawi Tariqat Naqshbandi:

(1) Al Bustami (188 - 261H)
(2) Ja'far As Sadiq (80 - 148H)
(3) Qasim bin Muhammad bin Abi Bakr (36 - 108H)
(4) Salman Al Farisi (w 35H)
(5) Abu Bakr As Siddiq
(6) Nabi Muhammad saw

Jika direnungkan pada angka-angka kelahiran dan kewafatan para rawi tariqat ini, terdapat keganjilan berlaku pada dua rawi.

Tarikh lahir dan wafat yang digubapakai adalah tarikh lahir terawal bagi pendapat yang wujud dan tarikh wafat terhujung.

Contohnya tarikh lahir bagi Imam Ja'far diperselisihkan, ada yang berkata 80H, 81H dan 83H. Manakala tarikh wafat Salman diperselisihkan antara 32H atau 35H.

Maka tarikh lahir haruslah dipilih yang paling awal dan tarikh wafat hendaklah ditetapkan yang paling lewat.

Hasilnya ditemukan bahawa:

(1) Salman Al Farisi wafat setahun sebelum Qasim lahir

(2) Ja'far As Sadiq wafat 40 tahun sebelum Al Bustami lahir

Ini menunjukkan sanad Tariqat Naqshbandi terputus teruk. Justeru kebenaran sanad milik Naqshbandi adalah sebuah kedustaan yang nyata, melainkan mereka mengimani bahawa Salman Al Farisi dan Ja'far As Sadiq menurunkan ilmu tariqat ini sesudah wafat.

Kalau seandainya mereka percaya begitu, mengapa tidak saja dihapuskan empat rawi diantara Al Bustami dan Nabi, lalu terus saja mengaku yang Nabi sendiri memberikan sanad tersebut!

Disini kita tidak teringin membongkar ucapan-ucapan Al Bustami yang sudah banyak diterangkan kesesatan oleh para Ulama.

Abu Yazid Al Bustami tidak meninggalkan sebarang karya tulis, tapi ajaran dan ucapannya diwarisi oleh anak muridnya. Mereka bergabung lalu membentuk Tariqat Thaifuriyyah, menyandar pada nama Al Bustami.

Tariqat ini berubah namanya kepada Naqshbandi hanya pada zaman Muhammad bin Muhammad Bahauddin Al Uwaisi Al Bukhari An Naqsyabandi atau singkatnya Bahauddin Shah An Naqsyabandi.

Bahauddin An Naqsyabandi mengambil sanad dari Amir Kulal yang ketika itu masih memakai nama Tariqat Thaifuriyyah.

Dari nama Bahauddin inilah nama tariqat Thaifuriyyah berubah menjadi Naqshabandiyah.


___________________________
  Abu Amru Radzi Othman
   ~
Lajnah Makalah Agama
_____________________________

Comments