Pengingkaran Qadar Oleh Taqiyuddin An-Nabhani Dan Hizbut Tahrir

OLEH: Abu Amru Radzi Othman

"Sampai bila kalian segan untuk menyebutkan kesesatan orang yang sesat, sebutkanlah apa yang ada padanya (kesesatannya) hingga ia  dikenali masyarakat dan diwaspadai bahayanya"
 (HR. Al Baihaqi, Syu’abul Iman)


Berserban, berjubah, dan fasih berbicara dengan bahasa Tuhan bukanlah tanda bahawa sesebuah golongan itu adalah pejuang Islam yang sebenar! Ibnu Mas'ud berkata:


"Pada suatu ketika Rasulullah menggariskan kepada kami suatu garisan lalu bersabda: Inilah jalan Allah, kemudian menggariskan beberapa garisan di sebelah kanannya dan di sebelah kirinya lalu bersabda: Inilah jalan-jalan yang pada setiap jalan ada syaitan yang menyeru kepada jalan tersebut. Kemudian membacakan ayat: Sesungguhnya inilah jalanKu yang lurus maka ikutilah jalan tersebut dan janganlah ikuti jalan-jalan kerana jalan-jalan tersebut mencerai-beraikan kamu dari jalanNya. Yang demikian itu diperintahkan oleh Allah kepadamu agar kamu bertakwa".
(HR Ahmad "Musnad",  Al-Hakim "al-Mustadrak", Ibn Abi 'Asim dalam "As-Sunnah")


Taqiyuddin adalah ulama sesat dan kemudian membidankan jamaah sesat lagi menyesatkan, yang dinamakan sebagai Hizbut Tahrir! Mereka adalah pewaris kepada golongan yang memenjarakan Imam Ahmad dan cucu cicit kepada golongan yang membunuh Imam Al Buwaiti di penjara gelap bawah tanah di Mesir! Imam Shaleh putra Imam Ahmad bin Hanbal menceritakan :


"Ayahku tinggal di penjara sejak beliau ditangkap sampai dibebaskan daripadanya selama 28 bulan. Sungguh telah menceritakan kepadaku salah seorang yang sama-sama dipenjara dengan ayahku : Wahai anak saudaraku, semoga rahmat Allah tercurah atas Aba Abdillah (Imam Ahmad bin Hanbal). Demi Allah aku tidak melihat seorangpun seperti beliau. Sungguh aku pernah mengatakan kepadanya ketika dihidangkan makanan kepada kami para tahanan : Wahai Aba Abdillah, apakah engkau tetap berpuasa padahal engkau dalam keadaan terpaksa ? waktu itu beliau dalam keadaan sangat haus, maka beliau mengatakan kepada sipir penjara yang menyediakan minum : Sediakanlah untukku minuman. Maka disediakanlah kepada beliau cawan yang berisi air putih serta es. Kemudian cawan itupun diambilnya dan dilihatnya, setelah itu dikembalikannya dan tidak diminum. Aku sungguh amat kagum dengan kesabarannya dalam menahan lapar dan dahaga, padahal beliau dalam keadaan sangat menderita”. (Siar A’lamin Nubala’, Adz Dzahabi).

Imam Ahmad dipenjara oleh para ulama yang menganut mazhab Mu'tazilah, dimana hari ini mazhab tersebut diperjuangkaan oleh Taqiyuddin dan gerombolannya yang memakai nama Hizbut Tahrir. Salah satu kesesatan Taqiyuddin dan jamaahnya adalah pengingkaran mereka kepada qadar!



BUKTI KESESATAN TAQIYUDDIN DAN HIZBUT TAHRIR


 Taqiyyuddin an-Nabhani dalam bukunya berjudul asy-Syakhshiyyah al Islamiyyah, Juz I, bahagian pertama, menyebutkan:

"Segala perbuatan manusia tidak terkait dengan Qadar Allah, kerana perbuatan tersebut ia lakukan atas inisiatif manusia itu sendiri dan dari ikhtiarnya. Maka semua perbuatan yang mengandung unsur kesengajaan dan kehendak manusia tidak masuk dalam Qadar".


Dalam buku yang sama, dia berkata lagi:
"Jadi menggantungkan adanya pahala sebagai balasan bagi kebaikan dan siksa sebagai balasan dari kesesatan, menunjukkan bahawa petunjuk dan kesesatan adalah murni perbuatan manusia itu sendiri, bukan berasal dari Allah". (Lihat kitab asy-Syakhshiyyah al Islamiyyah)




HIZBUT TAHRIR JAHIL AQIDAH LANTARAN TIDAK PERNAH BELAJAR AQIDAH
Bagi anggota Hizbut Tahrir, kenyataan sesat Taqiyuddin ini tidak dilihat sesat dan mereka tidak tahu dimana kesesatannya! Ini terjadi sebab kebodohan ahli hizbut tahrir lantaran mereka tidak pernah mempelajari aqidah para imam ahlul sunnah. Malah jauh sekali mereka pernah menyelak kitab2 aqidah para aimmah ahlul sunnah yang mutakaddimin!Pada mereka, kitab Taqiyuddin An Nabhani merupakan kitab yang pertamakalilah mereka mempelajari dan kemudian teruss mereka imaninya! Justeru mereka tidak mampu membuat perbandingan kerana mereka tidak ada aqidah dan kitab lain untuk diperbandingkan!

Inilah kebodohan yang melata di kalangan Hizbut Tahrir, sehingga mereka tidak mampu mengenal nuansa warna kebenaran. Bagi mereka merah itu hanya ada satu walhal kepada orang yang memiliki wawasan dan keilmuan, mereka tahu bahawa mereka itu wujud dalam pelbagai, ada merah hati, merah tua, merah darah, merah saga, merah muda, merah cair dan banyak lagi merah!Begitu jugalah Hizbut Tahrir tidak mengenal haq dan batil, lalu menganggap apa yang dibicarakan oleh Tokoh Sesat Taqituddin adalah haq dan tidak ada melainkan haq semataa-mata! Ini terbut dari minda yang jahil dan kurangnya rujukan dan ilmu pengetahuan!

Jika tidak percaya, silakan taanya kepada pendokong Hizbut Tahrir: - kitab aqidah apakah yaang telah kalian pelajari dan talaqi, selain dari karya taqiyuddin An Nabhani?- ilmu islam apakah yang telah kalian pelajari selain apa yang di tabanni oleh An Nabhani?- jemaah islam apakah telah kalian selidiki dan perdalami selain yang satu ini (HT)?



SEJARAH KAUM YANG MENOLAK QADAR PERTAMA KALI


Kaum yang pertama sekali menolak Qadar adalah Qadariyah yang muncul di pengakhiran zaman sahabat. Saat itu masih tersisa beberapa sahabat dan mereka mengingkarinya dan membantahnya.

Qadariyah adalah kelompok yang mengingkari takdir yang Allah tetapkan. Imam Al Laalikai berkata:
"Perkataan kaum Muslimin masih bersatu dan jamaah tetap utuh pada masa awal sahabat dan setelah mereka dari salafus soleh sehingga Qadariyah muncul dengan suara dan ucapan yang tidak dikenal mengenai qadar pada awal pemerintahan Marnawiyah (Bani Marwan). Mereka berbicara mengenai qadar hingga Abdullah Bin Umar ditanya, lalu dia meriwayatkan dari Nabi tentang penetapan qadar dan keimanan kepadanya serta ia memperingatkan dari menyelisihinya. Ibn Umar salah seorang yang berbicara mengenai masalah ini atau meyakininya, berlepas diri dari perkataan Qadariyah dan mereka juga berlepas diri darinya" (Syarah I’tiqah Ahlus Sunnah)


Syeikul Islam berkata tentang awal muncul Qadariyah: "Pada akhir zaman sahabat muncul bid’ah Qadariyah dan Murji’ah. Namun hal itu diingkari oleh para sahabat dan tabi’in seperti Abdullah Bin Umar, Ibnu Abbas, Jabir dan Watsilah Bin Asqa'" (Minhaj As Sunnah)


Ibn Taimiyah juga berkata dalam kitabnya yang lain:
"Qadar inilah yang diingkari oleh Al Qadariyah yang muncul pada akhir zaman sahabat. Diriwayatkan bahawa orang yang pertama kali membuat bid’ah ini di Iraq adalah seorang daari penduduk Bashrah yang bernama Sisuwaih dari keturunan Majusi, lalu kepercayaan ini diambil oleh Ma’bad Al Juhaimi". (Majmu Fatawa)


Diriwayatkan oleh Imam Al-Lalikai dari Imam Syafi’i sesungguhnya dia mengatakan: "Al-Qadary adalah seseorang yang mengucapkan bahawa sesungguh-Nya Alloh tidak menciptakan sesuatu perbuatan sampai perbuatan itu dilakukan".


Dinukil oleh Ibnu Hajar dari Imam Qurthubi, dia berkata: "Madzhab ini sungguh telah musnah, kami tidak mengetahui seseorang pada generasi akhir yang menasabkan kepadanya (madzhab Qadariyah). Adapun pada saat ini Qadariyah mereka bersepakat bahawa sesungguhnya Allah mengilmui (mengetahui) perbuatan hamba-Nya sebelum terjadi, akan tetapi mereka menyelisihi manhaj Salaf (Ahlus Sunnah) dalam perkara yang mereka anggap dan yakini iaitu: Bahawa seorang hamba berkuasa penuh dalam perbuatannya dan apa yang diperbuat oleh seorang hamba itu diatas kekuasaan" (Kitab Mauqifu Ahlus sunnati wal Jama’ati Min Ahlil Ahwaa’i Wal Bida’, Asy Syaikh Dr. Ibrahim bin ‘Amir Ar Ruhaily)


Diriwayatkan juga oleh Abu Bakar Al- Marrudzi bahwa dia berkata: "Aku bertanya kepada Abu Abdillah (Al-Imam Ahmad) tentang orang yang berfaham Qadariyah, beliau tidak mengkafirkan apabila menetapkan ilmu Allah". (Kitab Mauqifu Ahlus sunnati wal Jama’ati Min Ahlil Ahwaa’i Wal Bida’, Asy Syaikh Dr. Ibrahim bin ‘Amir Ar Ruhaily)


Syaikhul Islam Ibnu Taimiyyah menerangkan perkataan para ulama Salaf (Ahlus Sunnah) dalam menghukum kafir terhadap mazhab Qadariyah: "Mereka yang menafikan pencacatan dan ilmu Allah maka para ulama mengkafirkannya, adapun yang menetapkan ilmu Allah tetapi tidak menetapkan bahawa Allah telah menciptakan perbuatan-perbuatan hambanya; para ulama tidak mengkafirkannya".


Kaum Qadariyah beriman bahawa Allah mempunyai ilmu terhadap segala sesuatu namun mereka menafikan penciptaan perbuatan hamba itu dari Allah. Dalam perkataan yang sangat budah, bahawa mereka tidak beriman kepada qadar yang telah Allah tetapkan.


Hal ini bisa diperhatikan melalui kisah tokoh mereka yang telah dibunuh oleh Khalifah Hisyam.


Diriwayatkan oleh Amru bin Muhajir: "Sampai berita kepada Umar bin Abdul Aziz bahwa Ghailan Al-Qadari berbicara tentang taqdir. Maka beliau mengutus seseorang kepadanya dan memenjarakannya beberapa hari. Kemudian dia dihadapkan kepada Umar bin Abdul Aziz dan beliau berkata: “Berita apa yang sampai kepadaku ini tentangmu?” Berkata Amir bin Muhajir (periwayat): Aku isyaratkan kepadanya agar tidak berbicara sesuatupun. Tetapi dia (Ghalian) berkata: “Ya! Wahai Amirul Mukminin. Sesungguhnya Allah ‘Azza wa Jalla berfirman, "Bukankah telah datang atas manusia suatu waktu dari masa, sedangkan dia ketika itu belum merupakan sesuatu yang dapat disebut. Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dari setetes mani yang bercampur, yang Kami hendak mengujinya, oleh karena itu Kami menjadikan dia mendengar dan melihat. Sesungguhnya Kami telah menunjukinya kepada jalan itu. Ada yang bersyukur, adapula yang kufur". (Al-Insan: 1-3) (Maksudnya dia menolak taqdir dengan ayat ini).


Maka berkatalah Umar bin Abdul Aziz: "Bacalah sampai akhir surat". "Dan tidaklah kalian berkehendak (menempuh jalan itu), kecuali bila dikehendaki Allah. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana. Dia memasukkan siapa yang dikehendaki-Nya ke dalam rahmat-Nya dan bagi orang-orang yang dhalim disediakan adzab yang pedih". (Al-Insan:30-31)


Kemudian berkata: "Apa yang akan kamu katakan wahai Ghailan"? Dia menjawab: "Aku katakan, aku dahulu buta dan engkau telah membuat aku melihat. Aku dahulu tuli dan engkau telah membuat aku mendengar. Dan aku dulunya sesat dan engkau telah menunjukiku". Maka berkatalah Umar rahimahullah: "Ya Allah, jika benar hamba-Mu Ghailan jujur, kalau tidak saliblah dia". Setelah itu Ghailan berhenti dari ucapannya tentang taqdir hingga meninggallah Umar bin Abdul Aziz rahimahullah. Kemudian khilafah berpindah ke tangan Hisyam rahimahullah. Maka mulailah Ghailan berbicara tentang taqdir. Kemudian Hisyam mengutus seseorang kepadanya dan memotong tangannya. Ketika itu lewatlah seseorang sedangkan lalat hinggap di tangan Ghailan maka berkatalah dia: "Wahai Ghailan! Ini adalah qadha dan qadhar (takdir)"! Dia berkata: "Engkau berdusta, demi Allah! Ini bukanlah qadha dan qadar". Ketika Hisyam mendengarnya dia mengutus kembali utusannya dan menyalibnya". (Al-I’tisham olehImam As Syatibi)


Ibn Hajar menukilkan perkataan Imam Qurtubi yang berkata:
"Kaum Qadariyah sekarang ini sepakat bahawa Allah mengetahui perbuatan hamba sebelum terjadi (sesuatu perkara). Namun mereka menyelisihi kaum Salaf dalam masalah 'apakah perbuatan hamba ditetapkan oleh mereka sendiri secara mutlak tanpa ada campur tangan dari Allah?'. Meskipun keyakinan ini batil namun paling tidak penganut ini lebih ringan (kesesatannya) berbanding penganut keyakinan (Qadariyah) yang sebelumnya". (Fathul Bari)


Aqidah Qadariyah adalah gabungan aqidah yang dianut oleh kelompok yang lahir sesudahnya seperti Mu’tazilah, Jahmiyah dan Asya’irah. Antara pokok keyakinan mereka adalah:
Beriman bahawa manusia yang mencipta perbuatannya sendiri. Ini juga keimanan yang kemudian dianut oleh Mu’tazilah.
Mengingkari sebab dan hikmah dari perbuatan Allah. Ini juga kemudian diimani oleh Asya’irah.
Berpendapat dengan al kasb dan cabang-cabangnya. Al Kasb adalah manusia tidak memiliki kemampuan melakukan sesuatu sehinggalah manusia tersebut melakukan perbuatan tersebut. Ini kemudian diimani oleh Asya’irah.
Mengingkari kaitan perbuatan Allah dengan kehendak Allah. Ini juga kemudian diimani oleh Mu’tazilah dan Asya’irah.


Justeru Qadariyah dihukum sesat oleh sahabat, kemudian mereka terus ditentang oleh para Ahlus Sunnah sepanjang zaman. Para sahabat dan Ahlus Sunnah tidak mengkafirkan Qadariyah tetapi mereka menetapkan Qadariyah sebagai Ahlul Bid’ah dan sesat.


Dari permasalahan Qadariyah ini, dapat kita mengambil beberapa faedah, antaranya adalah penetapan qadar sebagai dasar iman oleh para sahabat dan seluruh imam kaum msulimin.


Maka usaha menolak taqdir dikatakan sesat dan batil. Justeru Hizbut Tahrir yang mengatakan bahawa "tidak wajar dikafirkan dan disesatkan orang yang menolak khabar ahad dalam keyakinan lantaran khabar ahad menjadi khilaf" berupa sebuah perkataan dusta dan batil.


Sekiranya penolakan khabar ahad itu tidak berdosa dan bukanlah hal baharu yang diciptakan dalam agama pasti para sahabat tidak membid’ahkan kaum Qadariyah yang menolak keimanan terhadap qadar, walhal sisi keimanan qadar diambil dari hadits ahad.


Jika begitu, apakah boleh kita katakan bahawa sahabat dan tabi’in bersikap keliru dan keterlaluan apabila membid’ahkan kaum Qadariyah yang tidak beriman kepada qadar walhal masalah qadar itu hanyalah bersumber dari khabar ahad?


Atau yang keliru dan keterlaluan adalah kita saat menolak khabar ahad sebagai hujjah dalam aqidah?

Hal ini harus dicamkan oleh Hizbut Tahrir dan para mu’tazilah yang lainnya. Kita juga berharap mereka membaca kitab-kitab yang membahaskan tentang firqah-firqah yang muncul dalam Islam seperti kitab Syahrastani; Al Milal Wa An Nihal dan kitab karangan Abdul Qahir Al Baghdadi; Al Farq Baina al Firaq.

Dengan demikian mereka akan mengetahui bahawa kesesatan Qadariyah adalah berpunya dari keimanan mereka yang menafikan qadar serta bantahan para ulama’ ahlus sunnah terhadap Qadariyah, dalam masa yang sama Hizbut Tahrir menolak keimanan Qadar atas alasan qadar tidak bersumber secara qat’i.

Begitu juga para ahli bid’ah yang menolak khabar ahad harus meneliti kaedah dan hujjah yang digunapakai oleh sahabat nabi yang jumlahnya tidak mencapai mutawatir. Lihatlah hujjah Ibn Umar ketika dia ditanya umat tentang Qadariyah.

Ibn Umar membantah keimanan Qadariyah dengan membawakan hadits. Justeru hadits apa yang diriwayatkan oleh Ibn Umar tentang taqdir? Sekiranya Hizbut Tahrir menekuni  Shahih Bukhari dan juga Fathul Bari, pasti mereka mengetahui bahawa bahawa Hadits Jibrail yang membahaskan tentang Islam, Iman dan Ihsan itu diriwayatkan oleh Umar, bapa kepada Ibn Umar. Dan hadits inilah yang diucapkan oleh Ibn Umar bagi membantah faham Qadariyah.

Dan para tabi’in serta umat saat itu tidaaklah pula mencari para sahabat yang lain untuk ditanyakan tentang masalah Qadariyah, melainkan mereka menerima ucapan dan hadith yang disampaikan oleh Ibnu Umar.

Perhatikanlah masalah ini wahai pengingkar Khabar Ahad, agar kalian jangan menjadi penerus kepada kesesatan Qadariyah.





RASULULLAH DAN SAHABAT TELAH MELARANG PERBAHASAN TAKDIR
Al Qadar atau Al Qadr adalah Al Qadha' atau al Hukm, iaitu segala yang ditakdirkan oleh Allah berupa ketentuan dan hal yang diputuskan oleh-Nya (rujuk Ummu Tamim Izzah bin Rasyad, Aqa'id al Firaq adh Dhallah wa Aqaid al Firqah an Najiyah)

Al-Qadar bermaksud: "Ketentuan Allah terhadap makhlukNya semenjak Azali" (Majmuk Fatawa Ibn Usaimin)

Al-Qada’ pula bermaksud: "Pelaksanaan Allah terhadap ketentuan tersebut" (Majmuk Fatawa Ibn Usaimin)

Syiekh Muhammad Al-Hamd berbicara apakah wujud perbezaan antara qadha dan qadar? Beliau berkata: "Ada dikalangan ulama' yang mengatakan bahawa terdapat perbezaan diantaranya, akan tetapi moga-moga pandangan yang benar ialah tidak terdapat perbezaan makna diantara al-qadhaa' dan al-qadar, dan kedua-duanya saling merujuk kepada yang lain. Tidak terdapat dalil yang jelas didalam Al-Quran dan Al-sunnah menunjukkan perbezaan diantara keduanya. Ulama' bersetuju bahawa kedua-dua boleh gunakan, akan tetapi eloklah dinyatakan bahawa perkataan qadar yang selalu dipakai didalam teks Al-Quran dan Sunnah, yang menunjukkan kita mesti beriman dengan rukun ini. wallahu'alam".

Ibnu Mas'ud menuturkan perkataan Rasulullah saw: "Jika para Sahabatku dibicarakan, maka diamlah, jika bintang-bintang dibicarakan, maka diamlah, dan jika takdir dibicarakan, maka diamlah" (HR Ath-Thabrani dalam al-Kabiir, Abu Nu’aim dalam al-Hilyah. Hadits ini dihasankan oleh Ibnu Hajar dalam al-Fat-h, As-Suyuthi mengisyaratkan kehasanannya dalam al-Jaami'ush Shaghiir Faidhul Qadiir, dan al-Albani menilainya sebagai hadits shahih dalam Shahiihul Jaami')

Para sahabatnya pada suatu hari telah berdebat tentang masalah takdir, sehingga wajah Baginda memerah, seolah-olah biji delima terbelah di keningnya, lalu beliau bersabda:
"Apakah dengan ini kalian diperintahkan? Apakah dengan ini aku diutus kepada kalian? Sesungguhnya umat-umat sebelum kalian telah binasa ketika mereka berselisih mengenai perkara ini. Oleh kerana itu, aku meminta kalian, janganlah berselisih mengenainya" (HR At-Tirmidzi dari hadits Abu Hurairah, kitab al-Qadar bab Maa Jaa-a fit Tasydiid fil Khaudh fil Qadar. Al-Albani menilai hasan dalam Shahiih Sunan at-Tirmidzi. Hadits ini mempunyai pendukung dari hadits ‘Umar bin al-Khaththab z dengan redaksi: "Janganlah bergaul dengan orang-orang yang suka membicarakan takdir dan jangan membuka pembicaraan dengan mereka" Hadits ini dikeluarkan oleh Ahmad, Abu Dawud, dan al-Hakim)




SAHABAT NABI MEMPERINGATI TABI'IN DARI KESESATAN PENGINGKAR TAKDIR

Imran bin Husain bin Ubaid, adalah sahabat yang masuk Islam pada tahun terjadinya Perang Khaibar (7 H). Pada perang penaklukan Kota Mekah, beliau memegang bendera suku Khuzaah. Beliau wafat di Kota Basrah. Disebutkan dalam Shahiih Muslim bahwa Abul Aswad ad-Duali berkata: Imran bin Husein berkata kepadaku:


"Apakah kamu melihat apa yang dilakukan manusia pada hari ini dan mereka bersungguh-sungguh di dalamnya, apakah hal itu merupakan sesuatu yang ditetapkan atas mereka dan telah berlaku atas mereka takdir sebelumnya? Ataukah sesuatu yang dihadapkan kepada mereka dari apa-apa yang dibawa kepada mereka oleh Nabi mereka dan hujjah telah nyata atas mereka?"



Saya menjawab:
"Bahkan, hal itu merupakan sesuatu yang telah ditentukan atas mereka".

Dia bertanya: "Bukankah itu suatu kezaliman?"

Saya sangat terperanjat mendengar hal itu. Saya katakan: "Segala sesuatu adalah ciptaan Allah dan kepunyaan-Nya, dan Allah tidak ditanya tentang apa yang dilakukan-Nya, tapi merekalah yang akan ditanya".

Maka dia mengatakan kepadaku:
"Semoga Allah merahmatimu. Sesungguhnya aku tidak menginginkan dengan apa yang aku tanya-kan kepadamu, melainkan untuk menguji akalmu".





DALIL TENTANG AQIDAH YANG BENAR TERHADAP QADHA DAN QADAR

Dalil Dari Al Qur'an:

Allah telah menetapkan segala sesuatu mengikut ukurannya:"Sesungguhnya Kami (Allah) menciptakan segala sesuatu menurut (qadar) ketentuan-Ku" (Al Qamar : 49)


Termasuk Allah lah yang menciptakan keinginan di hati manusia dan juga perbuatan mencuri. Seluruhnya telah Allah ciptakan untuk manusia sebagaimana Allah telah ciptakan malam dan siang, bulan dan mentari air dan udara untuk kegunaan manusia dalam melayari kehidupan ini. Allah berfirman:"dan Allah jua yang menciptakan kamu dan apa yang kamu lakukan" (al-Saffat: 96)


Kemudian Allah memudahkan orang yang berusaha mencari jalan kebaikan, sekaligus menunjukkan bahawa kehendak manusia bertembung dengan kehendak Tuhan, usaha manusia bertembung dengan kebenaran dari Tuhan lantas Tuhan membenarkan kehendak manusia tersebut:


"Jelasnya: adapun orang yang memberikan apa yang ada padanya ke jalan kebaikan dan bertaqwa (mengerjakan suruhan Allah dan meninggalkan segala laranganNya),  serta ia mengakui dengan yakin akan perkara yang baik, maka sesungguhnya Kami akan memberikannya kemudahan untuk mendapat kesenangan (syurga). sebaliknya: orang yang bakhil (daripada berbuat kebajikan) dan merasa cukup dengan kekayaan dan kemewahannya, -serta ia mendustakan perkara yang baik, maka Sesungguhnya Kami akan memberikannya kemudahan untuk mendapat kesusahan dan kesengsaraan" (al-Lail: 5-10)


Setelah selesai manusia mengerjakan apa yang terbuku dihatinya, dengan dibenarkan pula oleh Allah, jika dia ingin mengerjakan kebaikan dan telah berusaha melakukannya kemudian Allah membenarkannya maka dia akan dibalasi sesuai dengan usaha yang telah dia lakukan.Begitu juga ketika dia ingin melakukan kejahatan dan berusaha untuk mengerjakannya, lalu Allah membenarkannya walau Dia tidak meredhainya, maka di hujungnya nanti Allah siapkan azab dan pembalasan.


Allah menyiksa manusia kerana keadilannya dimana Dia telah ingatkan manusia tentang kesyirikan dan kezaliman namun manusia memilih untuk berbuat durhaka:
"Dan (malaikat) yang menyertai dia berkata: "inilah (catatan amalnya) yang tersedia pada sisiku, Allah berfirman: "Lemparkanlah olehmu berdua ke dalam neraka semua orang yang sangat ingkar dan keras kepala; yang sangat enggan melakukan kebaikan, melanggar batas lagi ragu-ragu; yang menyembah sesembahan yang lain beserta Allah, maka lemparkanlah dia ke dalam siksaan yang sangat (pedih)". Sedang (syaitan) yang menyertai dia berkata : "ya Rabb kami, aku tidak menyesatkannya, tetapi dialah yang berada dalam kesesatan yang jauh". Allah berfirman: "Janganlah kamu bertengkar d ihadapanku, padahal sesungguhnya Aku dahulu telah memberikan ancaman kepadamu. Keputusan di sisi-Ku tidak dapat di ubah, dan aku sekali-kali tidak menganiaya hamba-hambaKu". (Qaaf : 23- 29)


Lalu Allah nyatakan bahawa manusia nanti tidak ada alasan untuk menafikan segala kejahatan yang mereka lakukan dengan usaha mereka, sehingga terbatallah pendapat Jabariyah yang menetapkan bahawa 'manusia di giring untuk berbuat dosa seperti boneka yang diikat tali temali dari langit'.


"(Kami utus mereka) sebagai rasul-rasul pembawa berita gembira dan pemberi peringatan agar supaya tidak ada alasan bagi manusia untuk membantah Allah sesudah di utusnya Rasul-rasul itu. Dan Allah maha Perkasa lagi Maha Bijaksana". (An-Nisaa': 165)


Lantas apakah manusia lepas bebas tanpa ada ikatan langsung dengan kuasa dan kehendak Tuhan seperti keyakinan Qadariyah dan kemudian diwarisi oleh Mu'tazilah dan pada hari ini dihidupkan kembali oleh jamaah sesat Mu'tazilah kontemporari yang memakai nama Hizbut Tahrir?


Ahlul Sunnah berpendapat bahawa perbuatan yang dijadikan Allah Ta’ala di alam semesta ini terbagi atas dua jenis:

[1] Perbuatan yang dilakukan oleh Allah Ta’ala terhadap makhlukNya. Dalam hal ini tak ada kekuasaan dan pilihan bagi sesiapapun. Seperti turunnya hujan, tumbuhnya tanaman, kehidupan, kematian, sakit, sihat dan banyak contoh lainnya. Hal seperi ini, tentu saja tidak ada kekuasaan dan kehendak bagi siapapun kecuali bagi Allah yang maha Esa dan Kuasa.


[2] Perbuatan yang dilakukan oleh semua makhluk yang mempunyai kehendak. Perbuatan ini terjadi atas dasar keinginan dan kemahuan pelakunya; kerana Allah Ta'ala menjadikannya untuk mereka. Sebagaimana firman Allah:



"Bagi siapa diantara kamu yang mahu menempuh jalan yang lurus" (At Takwir: 28)

"Di antara kamu ada orang yang menghendaki dunia dan di antara kamu ada orang yang menghendaki akhirat" ( Ali Imran: 152)

"Maka barang siapa yang ingin ( beriman ) hendaklah ia beriman, dan barang siapa yang ingin ( kafir ) biarlah ia kafir" ( Al Kahfi: 29)





Dalil Dari Hadis:
Rasulullah saw bersabda: "Allah swt telah menulis takdir makhluk sebelum Dia mencipta langit-langit dan bumi dalam jarak 50 ribu tahun dan Arasy-Nya berada di atas air" (HR Muslim)

"Sesungguhnya Allah pencipta setiap pelaku perbuatan dan perbuatannya” (HR. Al Baihaqi,  Syu’abul Iman, dishahihkan Al Albani dalam As Silsilah Ash Shahihah, Al Hakim juga menshahihkan, dan disepakati Adz Dzahabi)

"Tidaklah ada seorang daripada kamu melainkan telah ditetapkan baginya tempat sama ada di syurga atau neraka". Tanya Sahabat: 'Wahai Rasulullah, tidak bolehkan jika demikian kami bertawakkal sahaja?' Jawab baginda: "Berusahalah kerana setiap kamu dimudahkan baginya (berdasar apa yang ditetapkan padanya)". (HR al-Bukhari & Muslim)

"dan ketahuilah bahawa jikalau makhluk sekaliannya berhimpun untuk memberi kamu suatu manfaat tidaklah perkara itu bermanfaat bagi kamu melainkan Allah telah menetapkannya untukmu dan jikalau mereka berhimpun untuk memudaratkan kamu maka tidaklah akan memudaratkan kamu melainkan Allah jua yang telah menetapkannya bagimu, telah diangkat Qalam dan telah seslesi ditulis suhuf (tempat tulisan takdir)". (HR al-Tarmizi dan Ahmad)

Berkata Umar: "Wahai Rasulullah, apakah yang kita lakukan (amalan makhluk) ini perkara yang baharu atau telah pun telah ditetapkan oleh Allah?" Jawab Nabi saw: "Telah ditetapkan wahai Ibn al-Khattab dan setiap orang itu dimudahkan baginya (berdasarkan takdir yang telah ditetapkan), maka sesiapa yang ditetapkan menjadi ahli saadah (syurga) maka dia akan beramal dengan amalan yang membawanya kepada syurga adapun mereka yang ditetapkan sebagai ahli syaqawah (neraka) maka dia akan beramal dengan amalan yang membawanya ke neraka". (HRal-Tarmizi dan Ahmad)

Daripada Umar Al Khattab:"Ketika kami sedang berada di samping Rasulullah saw pada suatu hari tiba-tiba muncul di hadapan kami seorang lelaki yang pakaiannya sangat putih, rambutnya sangat hitam, tidak nampak padanya tanda safar, dan kami tidak ada yang mengenalnya. Kemudian orang itu duduk (mendekati) Nabi saw menyandarkan lututnya pada lutut Nabi dan meletakkan kedua telapak tangannya di atas kedua pahanya dan berkata: "Wahai Muhammad, beritahukan kepadaku tentang Islam". Maka Rasulullah saw bersabda:

"Islam itu adalah engkau bersaksi bahawa tidak ada sesembahan yang berhaq disembah kecuali Allah dan bahawa Muhammad adalah utusan Allah, dan engkau menegakkan solat, menunaikan zakat, shaum (berpuasa) pada bulan Ramadan, dan berhaji ke baitullah jika engkau mampu melakukan perjalanan ke sana". Orang itu berkata: "Engkau benar". Kami hairan dengan orang tersebut, dia bertanya tapi dia yang membenarkan. (Orang itu) berkata: "Beritahukan kepadaku apakah iman itu"? Nabi berkata:

"Engkau beriman kepada Allah, MalaikatNya, kitab-kitabNya, Rasul-rasulNya, hari akhir, dan beriman kepada taqdir baik dan buruknya". (Orang itu) berkata: "Engkau benar". Kemudian dia berkata:


"Beritahukan kepadaku apakah ihsan itu"?



Nabi bersabda:
"Engkau beribadah kepada Allah seakan-akan engkau melihatnya. Jika engkau tidak dapat melihatnya, sesungguhnya Ia melihatmu".

(Kemudian orang itu berkata) "Beritahukan kepadaku tentang hari kiamat (kapan terjadinya)".

Nabi menyatakan: "Tidaklah yang ditanya lebih tahu dibandingkan orang yang bertanya".

(Orang itu berkata) "Beritahukan kepadaku tentang tanda-tandanya".

Nabi bersabda:
"Hamba wanita melahirkan tuannya, dan engkau melihat orang yang tidak beralas kaki, telanjang (kurang pakaiannya), miskin, penggembala kambing, berlomba-lomba meninggikan bangunan".

Kemudian orang itu pergi. Setelah berlalunya waktu, Nabi berkata: "Wahai Umar, tahukah engkau siapa orang yang bertanya tadi"? Umar menjawab: "Allah dan RasulNya yang lebih tahu". Nabi menyatakan: "itu adalah Jibril, datang untuk mengajari agama kepada kalian" (H.R Muslim)



Tandaan:
Menurut Ibnu Daqiq Eid dalam syarat Hadis 40, jarak masa para sahabat tertanta2 adalah selama 3 hari!



Hadis di atas ini dibacakan oleh Ibnu Umar tatkala dua orang tabi'in datang berjumpa dengannya lalu bertanya tentang fitnah yang dilontarkan oleh kaum Qadariyah yang meningkari masalah qadar! Maka Ibn Umar lantas membacakan hadis "Jibril" di atas sebagai bantahan kepada kaum Qadariyah sekaligus bantahan kepada Hizbut Tahrir yang buta dan jahil tentang hadis!





Dalil Dari Perkataan Para Salaf:
Sahabat Nabi, Ibn Abbas berkata: "(Beriman kepada) al-Qadar itu termasuk dalam Tauhid, maka sesiapa yang mentauhidkan Allah tetapi mengingkari Qadar maka pengingkarannya itu membatalkan tauhidnya" (Tuhfah al-Saniyyah fi Syarhi al-Haiyyah, syeikh Muhsin al-Abbad)

Ibnu Umar berkata: "Jika aku berjumpa orang-orang ini aku akan memberitahu mereka bahawa aku tidak ada kena mengena dengan mereka dan mereka tidak ada kena mengena dengan aku, yang mana Abdullah bin Umar  bersumpah, jika salah seorang dari mereka mempunyai emas sejumlah bukit Uhud dan membelanjakannya, Allah tidak akan menerimanya sehingga mereka beriman dengan al-qadar" (Riwayat Muslim dalam Shahihnya)

Cucu Nabi Al Hasan ibn Ali berkata: "Barang siapa yang tidak beriman kepada qadha  Allah dan qadar-Nya, yang baiknya dan yang buruknya, maka ia telah kafir" (dinukil dalam Isyarat al Maram karya al Bayadli)

Al Imam Abu Hanifah yang merupakan seorang Tabi'in, dalam al Fiqh al Akbar berkata: "Tidak ada sesuatupun yang terjadi di dunia maupun di akhirat kecuali dengan kehendak, pengetahuan, Qadla’ (penciptaan) dan Qadar (ketentuan)-Nya”. Tentang perbuatan hamba, beliau berkata: "Dan segala perbuatan manusia terjadi dengan kehendak, pengetahuan, Qadla’ (penciptaan) dan Qadar (ketentuan)-Nya"Dalam kitab yang sama, Imam Abu Hanifah berkata: "Qadha dan Qadar serta masyi'ah adalah sifat Allah pada azal, tanpa disifati dengan (pertanyan) Kayf (bagaimana)".

Imam Ahmad bin Hanbal berkata: "Qadar itu Kekuasaan Allah" (Tuhfah al-Saniyyah fi Syarhi al-Haiyyah, syeikh Muhsin al-Abbad)

Ibn Taimiyyah berkata dalam Majmu Fatawa: "Para salaf dan imam sebagaimana mereka sepakat atas wajibnya beriman kepada takdir dan bahawa apa yang dikehendaki oleh Allah pasti terjadi dan apa yang tidak dikehendaki-Nya pasti tidak terjadi. Dan bahawa Dia Pencipta segala sesuatu berupa perbuatan hamba dan selainnya, mereka juga sepakat untuk menetapkan perintah dan larangan-Nya, janji dan ancaman-Nya, serta seseorang tidak memiliki hujjah di hadapan Allah dalam meniggalkan perintah bdan mengerjakan laraangan. Mereka juga sepakat bahawa Allah Maha Bijaksana lagi Maha Penyayang".





SANGGAHAN KEPADA JABARIYAH DAN CICIT MEREKA - ASYA'ARIYAH

Jabariyah beriman bahawa manusia itu ibarat boneka yang dikawal mutlak oleh Allah sehingga ketika dia mencuri, yang memaksa dia mencuri adalah Allah Ta'ala. Justeru merupakan sebuah kezaliman tatkala  Allah  menyiksa orang yang berbuat maksiat yang perbuatan maksiat tersebut terjadi bukan dengan kehendak dan keinginannya.Pendapat ini jelas bersalahan dengan firman Allah:

"Dan (malaikat ) yang menyertai dia berkata: "inilah (catatan amalnya) yang tersedia pada sisiku, Allah berfirman: "Lemparkanlah olehmu berdua ke dalam neraka semua orang yang sangat ingkar dan keras kepala; yang sangat enggan melakukan kebaikan, melanggar batas lagi ragu-ragu; yang menyembah sesembahan yang lain beserta Allah, maka lemparkanlah dia ke dalam siksaan yang sangat (pedih ). Sedang (syaitan ) yang menyertai dia berkata: "ya Rabb kami, aku tidak menyesatkannya, tetapi dialah yang berada dalam kesesatan yang jauh". Allah berfirman: "Janganlah kamu bertengkar d ihadapanku, padahal sesungguhnya Aku dahulu telah memberikan ancaman kepadamu. Keputusan di sisiKu tidak dapat di ubah, dan aku sekali-kali tidak menganiaya hamba-hambaKu". (Qaaf : 23- 29)





SANGGAHAN KEPADA QADARIYAH, MU'TAZILAH DAN CICIT MEREKA - HIZBUT TAHRIR
Allah telah menciptakan manusia, kemudian turut menciptakan kehendak di hati manusia sekaligus menciptakan perbuatan manusia. Tetapi Allah juga memiliki kehendak dalam waktu manusia berkehendak. Allah berkehendak agar hambanya melakukan kebaikan dan kebajikan semata-mata!Namun kehendak hati manusia itu beragam dan bermacam-macam; ada yang berkehendak kepada kebaikan dan ada yang berkehendak kepada keburukan. Lantas Allah membenarkan kehendek yang muncul dalam hati manusia ketika manusia berusaha melakukannya, dimana Allah memudahkan mereka untuk mencapai maksud hati mereka.

"Adapun orang yang memberikan hartanya (di jalan Allah) dan bertakwa, dan membenarkan adanya pahala yang terbaik, maka Kami akan memudahkan baginya( jalan) yang mudah. Sedangkan orang yang bakhil dan merasa dirinya cukup serta mendustakan adanya pahala yang terbaik, maka Kami akan memudahkan baginya (jalan) yang sukar".( Al Lail: 5 – 10)

"(iaitu ) bagi siapa di antara kamu yang mahu menempuh jalan yang lurus. Dan kamu tidak dapat menghendaki (menempuh jalan itu) kecuali apa bila dikehendaki Allah,Tuhan semesta alam". (At Takwir: 28 -29)

"jikalau Tuhanmu menghendaki, niscaya mereka tidak mengerjakannya". (Al – An’am: 112)

"Seandainya Allah menghendaki, tidaklah mereka berbunuh-bunuhan. Akan tetapi Allah berbuat apa yang dikehandakinya". (Al – Baqarah: 253)

"Dan kalau kami menghendaki niscaya akan kami berikan kepada tiap – tiap jiwa petunjuk (bagi) nya". (As Sajdah: 13)

"Jikalau Tuhanmu menghendaki, tentu Dia menjadikan manusia umat yang satu" (Huud: 118)


___________________________
  Abu Amru Radzi Othman
   ~
Lajnah Makalah Agama
_____________________________

Comments