Akidah Imam Al-Bayhaqi

OLEH: Ustaz Abu Asma' Yunus Zainal

Ahli Sunnah Adil terhadap tokoh, tegar di atas Aqidah dan  manhaj.

Dalam keadaan kita menghormati Al-Imam Bayhaqi Rahimahullah( wafat 458 H), mengiktiraf kehebatan beliau dalam hadith serta mengambil faedah-faedah daripada kitab beliau,kita perlu juga menyatakan kebenaran dengan jelas kepada penuntut ilmu dan orang 'awam sunnah'.

Iaitu dalam beberapa isu  Asma' dan Sifat, Al-Imam Al-Bayhaqi telah telah mengikuti jalan Asya'irah serta menyalahi apa yang disepakati ulama salaf yang datang sebelumnya.. seperti masalah istiwa, kedatangan Allah di akhirat (ityan) dan banyak lagi.

Syaikhul Islam ibnu Taimiyah meletakkan Al-Imam Al-Bayhaqi sebagai tokoh Asya'irah bersama al-Imam AlBaqillani.

Namun mereka adalah Asya'irah mutaqaddimin (Asya'irah yang awal),iaitu yang belum terpalit dengan falsafah dan jahmiyah seperti Fakhrurrazi, al-Amidi, Al-Laqqani, Al-Ghazali dan lain2.

Kata Syaikh Abdur Razzaq al-Afifi, ahli Majlis Lajnah Daimah apabila diminta oleh Syeikh Bin Baz untuk memberikan komentar terhadap kitab Al-I'tiqad karangan Imam Al-Bayhaqi, beliau menulis:

"Pada banyak tempat beliau menepati aqidah Ahli Sunnah, namun ada terdapat juga di banyak tempat, beliau telah menyalahi mazhab salaf"

Kemudian Syaikh sebutkan satu persatu tempat dimana al-Imam tersilap.

Maka untuk mengatakan kitab al-i'tiqad karangan beliau sebagai kitab mewakili Aqidah ahli Hadith 100% ,maka ini kurang tepat.

Dan jangan pula kita main sentimen, "enta lagi alim, atau wara' daripada imam Bayhaqi ke? "

Maka kita juga boleh kata "Adakah enta lagi wara' daripada Imam Malik( wafat 179H) , Imam Syafie (wafat 204H), Imam Ahmad (wafat 241H) , Imam Bukhari (Wafat 256H), Imam Ad-Darimi (wafat 255H),dan imam-imam salaf yang lain?"

Ini sekadar coretan ringkas,in Sya Allah akan ada penjelasan yang lebih tuntas dan mantap berkaitan tajuk ni daripada jaguh-jaguh Aqidah seperti Al-ustaz Asrie Sobri,Ustaz Syafiq Abu Mubarak, Ustaz Yeop Hafiz Baair, Ustaz Akmal Zakaria M.A Aqidah Universiti Madinah  dan lain-lain.

Wallahu a'lam.

___________________________
~ Ustaz Abu Asma' Yunus Zainal ~
Pendakwah Bebas
_____________________________

Comments