Kisah Disebalik Turunnya Surah Al-Kahfi ayat 23-24

OLEH: Ustaz Abu Mu'aaz Munir Azizan

Tahukah anda kisah di sebalik turunnya dua ayat di bawah ini secara khususnya & Surah Al-Kahfi secara umumnya? 
.
========================
.
Surah Al-Kahfi, Ayat 23:
.
وَلَا تَقُولَنَّ لِشَيْءٍ إِنِّي فَاعِلٌ ذَٰلِكَ غَدًا
Dan jangan sekali-kali kamu mengatakan tentang sesuatu: "Sesungguhnya aku akan mengerjakan ini esok... 
.
Surah Al-Kahfi, Ayat 24:
.
إِلَّا أَن يَشَاءَ اللَّهُ وَاذْكُر رَّبَّكَ إِذَا نَسِيتَ وَقُلْ عَسَىٰ أَن يَهْدِيَنِ رَبِّي لِأَقْرَبَ مِنْ هَٰذَا رَشَدًا
... kecuali (dengan menyebut): "InsyaALLAH". Dan ingatlah kepada Tuhanmu jika kamu lupa dan katakanlah: "Mudah-mudahan Tuhanku akan memberiku petunjuk kepada yang lebih dekat kebenarannya daripada ini". 
.
=========================
.
Pada suatu hari... Sewaktu Nabi Muhammad sollAllahu'alaihiwassalam masih di Mekah tetapi telah menzahirkan dakwah baginda...

Kaum Quraish Mekah telah mengutuskan dua orang wakil untuk bertemu dengan pendeta Yahudi di Madinah.

Untuk apa?

Kaum Quraish sedar bahawa agama mereka bukanlah agama dari langit. Manakala agama Yahudi merupakan agama dari langit yang tertua, maka mereka ingin meminta pendapat pendeta Yahudi tentang Nabi Muhammad:

"Adakah Nabi Muhammad membawa agama yang benar dari langit?"

"Atau sekadar penipu yang mencipta agama baru?"

Berdasarkan ilmu yang mereka ada, pendeta Yahudi di Madinah menyuruh dua orang wakil Quraish bertanya kepada Nabi Muhammad tiga soalan...

Apa tiga soalan tu?

Akan diterangkan kemudian, insyaALLAH...

Sekiranya Nabi Muhammad dapat menjawab tiga soalan ini, maka Nabi Muhammad adalah nabi utusan Allah yang benar.

Sebaliknya jika Nabi Muhammad tidak mampu jawab, maka dia seorang penipu.

Lalu pulanglah dua orang wakil ini tadi ke Mekah.

Mereka pun menceritakan tiga soalan yang diberikan oleh pendeta Yahudi tadi kepada kaum mereka dan menjangkakan dengan tiga soalan ini, pertelingkahan kaum mereka dengan Nabi Muhammad dapat diselesaikan.

Kemudian mereka pun pergi berjumpa dengan Nabi Muhammad dan bertanyakan tiga soalan daripada pendeta Yahudi tadi.

Nabi Muhammad berkata:

"Saya akan berikan jawapan keesokan hari kepada soalan-soalan yang kamu tanya tadi"

(Nabi Muhammad tidak sebut insyaALLAH).

Maka Nabi Muhammad pun menanti turunnya wahyu daripada Allah melalui Jibril 'alaihissalam.

Dengan ketentuan dan kebijaksanaan Allah, wahyu tidak kunjung tiba selama 15 hari!

Bayangkan persepsi kaum Quraish terhadap Nabi Muhammad. Mereka mengharapkan jawapan dalam masa sehari tetapi sehingga 2 minggu masih tidak mendapat jawapan.

Kaum Quraish mula sangsi dengan Nabi Muhammad dan mula mengungkit jawapan yang dijanjikan Nabi Muhammad yang sepatutnya dalam masa sehari.

Sudah semestinya Nabi Muhammad bersedih atas apa yang berlaku.

Setelah itu, Jibril pun datang membawakan Surah Al-Kahfi.

Dalam surah ini bukan saja dibawakan jawapan kepada persoalan kaum Quraish, tetapi juga teguran Allah kepada Nabi Muhammad tentang sikap sedih apabila kaum Quraish tidak percaya kepada baginda...

Dan juga teguran seperti dalam dua ayat di atas iaitu suruhan menyertakan "insyaALLAH" dalam setiap janji.

==========================
.
Apa tiga soalan tu?
.
1. Ceritakan tentang beberapa orang pemuda dari zaman silam dan kisah pelik yang mereka alami.
.
2. Ceritakan tentang seorang lelaki yang hebat mengembara sehingga pernah sampai ke timur dan barat bumi.
.
3. Apakah itu Ruh?
.
Soalan 1 & 2 terjawab dalam Surah Al-Kahfi.
.
Manakala soalan 3 ada dalam Surah Al-Isra'.
.
Rujuk tafsir al-Quran masing-masing untuk dapatkan jawapan dan ketahui apa teguran Allah terhadap sikap sedih Nabi Muhammad 🙂
.
Semoga bermanfaat.
.
WaALLAHu'alam.


___________________________
~
Ustaz Abu Mu'aaz Munir Azizan
~
Unit Asatizah
_____________________________

Comments