Adab Bertandang Ke Rumah - Adab Berhadapan Dengan Hadis

OLEH: Ustaz Abu Mu'aaz Munir Azizan

SATU Ayat al-Quran di bawah ni bukan sahaja beri pengajaran tentang adab bertandang ke rumah orang...  Tetapi banyak pengajaran tambahan yang kita boleh dapat.

===============================

Jadi, apa pengajaran tambahan dalam Ayat 27 dalam Surah an-Nur ni?:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تَدْخُلُوا بُيُوتًا غَيْرَ بُيُوتِكُمْ حَتَّىٰ تَسْتَأْنِسُوا وَتُسَلِّمُوا عَلَىٰ أَهْلِهَا ذَٰلِكُمْ خَيْرٌ لَّكُمْ لَعَلَّكُمْ تَذَكَّرُونَ
Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu memasuki rumah yang bukan rumahmu sebelum meminta izin dan memberi salam kepada penghuninya. Yang demikian itu lebih baik bagimu, agar kamu (selalu) ingat.

===============================
Imam Ibnu Katsir rahimahullah memulakan tafsir ayat ni sehingga ayat 29 dengan sebuah kisah menarik.

Kisah ni dimuatkan Imam al-Bukhari rahimahullah dalam kitab sahih beliau.

Daripada jalan cerita, aku agak kisah ni berlaku selepas kewafatan Nabi sollAllahu'alaihiwassalam.

Apa kisah yang menarik sangat tu?


Pada suatu hari, Abu Musa al-'Asya'ari pergi ke rumah Umar (radiAllahu'anhuma).

Abu Musa memberi salam sebanyak 3 kali tetapi tidak dijawab oleh Umar.

Lalu Abu Musa pun pergi meninggalkan rumah Umar.

Di dalam rumah, Umar baru terperasan ada orang beri salam. Dan dia kenal suara yang beri salam tu kepunyaan Abu Musa.

Apabila Umar membuka pintu, Abu Musa sudah tiada.

Lalu Umar pun pergi bertemu dengan Abu Musa dan bertanya Abu Musa kenapa bagi salam tapi tak tunggu.

Abu Musa pun berkata bahawa dia telah meminta izin untuk masuk (ucap salam) sebanyak 3 kali. Tetapi tidak mendapat jawapan.

Lalu Abu Musa pun membacakan sabda Nabi yang membawa maksud:

Jika seseorang daripada kamu meminta kebenaran (untuk masuk ke dalam rumah) sebanyak 3 kali, tetapi tidak mendapat kebenaran, maka pergilah dari situ.

Apa agaknya reaksi Umar?

Umar marah!

Adakah marah sebab Abu Musa tak tunggu?

Bukan...

Umar marah sambil berkata:

/////////////////////////
Kamu mesti mendatangkan bukti tentang hal ini (sabda Nabi di atas) kepada aku. Jika tidak aku akan belasah kamu! 
/////////////////////////

Lalu Abu Musa pun pergi berjumpa dengan kaum Ansar untuk mendapatkan testimoni tentang sabda Nabi tadi.

Kaum Ansar mencalonkan orang yang paling muda daripada kalangan mereka iaitu Abu Sa'id al-Khudri radiAllahu'anhu.

Abu Musa pun membawa Abu Sa'id berjumpa dengan Umar.

Dan Abu Sa'id mengesahkan sabda Nabi yang dipertikaikan Umar tadi.

Umar pun mengaku bahawa dia terlalu sibuk di pasar sehingga terlepas pandang sabda Nabi itu.

===============================

Jadi, apa pengajaran tambahan kisah di atas ni?
.
Antara pengajaran tambahan yang kita boleh ambil manfaat adalah:


1. Sikap sahabat Nabi terhadap sunnah. 
Memberi salam 3 kali; kalau tak dapat jawapan pergi dari situ - nampak remeh kan?
Kalau kita, mungkin kita cuba lagi bagi salam kot-kot orang dalam rumah tak dengar.
Tapi sahabat Nabi tak main kot-kot dalam mengamalkan sunnah. Sekali pun sunnah yang nampak remeh macam ni.

2. Betapa tegasnya Umar terhadap sesuatu perkara yang dikaitkan dengan Nabi. 
Kalau kita...
"Ala... Bab bagi salam 3 kali saja kot, bukan boleh meningkatkan ekonomi umat pun..."
"Betul la kot Nabi yang kata..." 
"Abu Musa al-'Asya'ari kot yang sampaikan! Takkan la dia nak tipu pulak."
.
Tapi itu bukan sikap Umar terhadap sunnah Nabi.
Umar siap ugut nak belasah lagi!
Sikap kita pun sepatutnya macam ni...
Malah kena lebih lagi.
Sebab zaman kita dah jauh sangat dari zaman Nabi...
Banyak sangat pencemaran yang dah masuk dalam agama.


3. Abu Musa akur dengan arahan Umar. 
Bila Umar marah, Abu Musa tak mempertahankan diri.
Kalau kita...

"Aku Abu Musa al-'Asya'ari, aku tau la apa yang Nabi sebut. Ko bukan tau semua benda yang Nabi sebut pun!" 

Tapi Abu Musa mengambil sikap yang betul iaitu mendapatkan testimoni untuk menguatkan perkataan dia.


4. Beban pembuktian atas orang yang bawa berita. 
Umar suruh Abu Musa yang sahkan sabda Nabi tu.
Dan Abu Musa tak buat u-turn suruh Umar sahkan sendiri.
Zaman kita sekarang, bawa hadis pelik-pelik, bila minta dalil, disuruh cari sendiri...
Paling bodoh sekali orang yang minta dalil dituduh wahabi atau gelaran negatif yang lain.
Ada Abu Musa tuduh Umar wahabi?!


5. Sebab apa aku agak kisah ni lepas Nabi wafat? 
Sebab Umar tak heret Abu Musa jumpa Nabi.
Dan Abu Musa tak pergi kepada Nabi untuk sahkan sabda Nabi tu.
Tetapi Abu Musa pergi berjumpa dengan kaum Ansar.


6. Orang sehebat dan segarang Umar pun mengaku bila dia buat silap. 
Dalam hal kebenaran, terutama sekali dalam bab agama, ego kena letak tepi.
.
WaALLAHu'alam.
___________________________
~
 Ustaz Abu Mu'aaz Munir Azizan
 ~
Unit Asatizah
_____________________________

Comments