Deobandi Itu Bukan Penganut Asyaariyah

OLEH: Abu Amru Radzi Othman


Deobandi itu bukan penganut Asyaariyah. Mereka itu Maturidiyah. Malah hal ini terang dinyatakan dalam banyak kesempatan di media rasmi mereka.

Maturidiyah ini lebih hampir pada Mu'tazilah ketimbang Asyaariyah. Sedang Asyaariyah itu lebih hampir kepada Ahlu Sunnah.

Namun antara Asyaariyah dan Maturidiyah, mereka seperti sebelah menyebelah, walaupun tidak sama.


Gambarajahnya seperti ini:

|----------------|---------|----------------|
AH Asy Mtd MZ

AH : Ahlus Sunnah
MZ : Mu'tazilah
Asy: Asyaariyah
Mtd: Maturidiyah

Yaqut Hamawi mencatatkan bahawa telah berlaku perang darah antara kedua-dua mazhab ini, antaranya di Ray dan Isfahan.

Yang pernah kita ketahui, antara contok fanatik mazhab adalah pergaduhan antara Hanafiyah dan Syafiiyah, hingga ada yang mengatakan tidak sah perkahwinan antara mereka.

Alasannya adalah satu dari mazhab tersebut dianggap setaraf dengan ahli kitab. Maka hanya lelaki Muslim layak mengahwini wanita Ahli Litab, bukannya sebaliknya.

Saya terlupa mana satu mazhab yang menfatwakan lawan mereka setaraf Ahli Kitab, sama ada Syafiiyah atau Hanafiyah.

Kisah diatas sebenarnya merujuk kepada Asyaariyah dan Maturidiyah, bukanlah kepada mazhab Imam Abu Hanifah dan Imam As Syafie.

Hal ini terjadi kerana mereka keliru saat membaca petikan yang ditulis oleh ahli sejarah, mungkin kerana kekurangan kajian.

Sebab terkadang para ahli sejarah menggunakan nama mazhab fiqh untuk merujuk mazhab aqidah.

Ada dari ulama Maturidiyah menfatwakan Asyaariyah sebagai Jabariyah Perempuan, lantaran keyakinan mereka yang sama dengan Jabariyah pada bab perbuatan makhluk.

Permusuhan tersebut hanya berjaya didamaikan oleh Dinasti Ayubiyah ketika Salahuddin memerintah.

Gambar hiasan dari -zalaand-
___________________________
Abu Amru Radzi Othman~
Lajnah Agama
_____________________________


Comments