Mengejar Fadhilat Ibadah Semata-Mata Membuat Manusia Lalai Menuntut Ilmu Syari'e

OLEH: Muhd Faiz Sazali

"#Mengejar Fadhilat Ibadah semata-mata membuat manusia lalai menuntut ilmu Syari'e"

Jelas Masyarakat kita beragama Islam suka mencari-cari Fadhilat dalam agama berbanding menuntut Ilmu Syari'e iaitu Ilmu Dasar dalam Islam iaitu Aqidah mentauhidkan Allah.

Ianya berlaku dek kerana sebahagian daei banyak memperkatakan tentang fadhilat sekian-sekian tanpa berfikir panjang. Mereka beralasan hukum hakam membuatkan umat Islam bercakaran antara satu sama lain. Lebih baik sibukkan beribadah dan mencari fadhilat. Tidak kisahlah hadis tu soheh ke, dhaif ke asal kan ada fadhilat. Mereka juga beranggapan hadis dhoif pun dari Nabi juga.

Lihat, mudah sahaja mereka membuat andaian tanpa ilmu. Mereka lebih suka fokus pada fadhilat. Sibukkan diri beribadah. Kesannya kebodohan pada ilmu hadis. Difahami sekadar begitu sahaja. As Sunnah as Sohehah tidak ditekankan dan tidak diambil peduli. Al hasil, muncullah mereka-mereka yang memusuhi ahlul hadis.

Ulama' hadis sedaya upaya dengan ilmu dan kudrat mereka mengeluarkan hadis dari kitab-kitab dan mencari sanad perawi-perawi dan sebagainya tanpa meminta sedikit ganjaran daripada manusia melainkan niat mereka untuk membantu seluruh umat Islam mengamalkan as Sunnah serta kerana Allah subhana wa taala.

Mereka merasakan fadhilat yang mereka ketahui itu sudah cukup kukuh untuk memperkuatkan ibadah mereka sedangkan ibadah tanpa dalil yang soheh ditolak dengan mentah oleh syariat agama Islam yang dibawa oleh Muhammad solallahu alaihi wa sallam.

Ittiba' as sunnah itu wajib bukan sekadar, 'oh...ni kan sebahagian daripada agama'...tunjukkan dalil...apakah ini benar diajarkan oleh Rasulullah? Apakah ini pernah dilakukan Sahabat radhiyallahu anhum?

Sering Rasulullah perkatakan setiap khutbah...Kullu bid'atin dholalah, dholalatin fi nar...Siapa kata begitu? Rasulullah kata. Bukan ana, bukan ulama', bukan ustaz TAPI Rasulullah berkata begitu sedangkan pada zamannya belum ada Sahabat yang berbuat bid'ah.

Jangankan kita sekarang, sudah tiada Rasulullah belagak alim tahu segalanya...'Eh, ini boleh-boleh saja, kan baik'

Berapa ramai yang ingin kebaikkan tapi akhirnya mendapat kejelekan. Beranggapan tidak cukup tanpa ada petunjuk.

Sedangkan dalam Solat pun Rasulullah kata ada yang mencuri. Padahal mereka sedang solat. Solat itu baik bukan. Jelas semua umat Islam tahu yang Solat itu baik. Namun jika dilakukan dengan tidak benar, tidak betul adakah itu boleh dikatakan solat? Nah, antum boleh fikir sendiri.

Jangan terlalu sibuk mengejar Fadhilat Amal dalam Ibadah sedangkan Fadhilat itu kamu sendiri tidak tahu Soheh ataupun tidak apatah lagi Ilmu Syarie' seperti Aqidah, Fiqh, Akhlak, Hadis tidak mahu dipelajar atau ditinggalkan.

Inilah bentuk sikap sebahagian pengikut ahlul Kalam yang SESAT malah sebahagian orang Awam yang terikut dengannya. Sibuk mengejar Fadhilat, Sunnah diketepikan.

Ambillah Islam itu secara Kaffah (menyeluruh) bukan ambil yang itu dan yang ini ditinggal. Sikap ini menunjukkan akhlakmu jelek pada agama antum anuti sendiri. Umpama ingin Islam sekadar mengucap syahadah tapi seperti Solat, Puasa tidak mahu dikerjakan.

KeWAJIPAN menuntut ILMU itu setiap MUKMIN adalah WAJIB.

Semoga apa yang ana sampaikan dapat membuka minda dan memberi manfaat. Insha Allah...barakallahu fikum

___________________________
Muhd Faiz Sazali ~
Lajnah Agama
_____________________________

Comments