OLEH: Abu Amru Radzi Othman
(2) Pada awal muncul mazhab Asyaariyah ini, ia lebih hampir para Ahlul Sunnah wal Ahlul Hadis, tapi oleh sebab asas ajaran Asyaariyah adalah 'ilmu logik' maka menyebabkan mazhab ini bersifat 'fleksibel' iaitu ia boleh berubah bentuk dengan syarat ajaran yang di susup menepati pemikiran 'logik'.
(3) Kesan dari asas rangka Asyaariyah iaitu 'ilmu kalam' atau dalam bahasa moden disebut 'ilmu logika', maka mazhab Asyariyah senang berubah bentuk dan telah pun mengalami 5 bentuk evolusi semenjak zaman Ibnu Kullab.
(4) Evolusi pertama dimulakan oleh Al Baqillani, kemudian seterusnya.
(5) Mazhab sufi bergabung dengan mazhab Asyaariyah pada takat evolusi yang dibawa oleh Al Qusyairi dan Al Ghazali. Al Ghazali sendiri pernah menulis kepada kaum Asyaariyah yang menyesatkannya bagi membantah mereka. Hal ini dinyatakan sendiri oleh Muhammad Abu Zahrah.
(6) Sedangkan sufi adalah ajaran yang lebih sesat dan menyesatkan.
(7) Terakhir mazhab Asyaariyah menerima ajaran-ajaran kafir Jahmiyah lalu melahirkan tokoh-tokoh Asyaariyah kontemporari seperti Al Kawthari dan Al Harari.
(8) Asyaariyah versi Jahmiyah ini dimotori oleh gerakan Ahbash.
___________________________
~Abu Amru Radzi Othman~
Lajnah Agama
Telegram: https://t.me/gerakanpenamy
Instagram: https://www.instagram.com/gerakanpenamy
_____________________________
Comments
Post a Comment