Tauhid Tiga Penjelasan Syeikh Abd al-Qadir al-Mandili

 OLEH: Ustaz Muhammad Izzat Al-Kutawi

Syeikh ‘Abd al-Qādir al-Mandīlī (1385 H), penulis "Penawar bagi Hati" antara ulama Nusantara yang jelas membahagikan tauhid kepada tiga: rubūbiyyah, ulūhiyyah, dan asmā’ wa-ṣifāt. Katanya, “dan ketahui olehmu bahawasanya tauhid itu terbahagi kepada ia tiga bahagi: pertama, tauhid al-rubūbiyyah, ertinya mengesakan Allah taala dengan segala perbuatan-Nya; dan kedua, tauhid al-ulūhiyyah, ertinya mengesakan Allah taala dengan segala perbuatan hamba; ketiga, tauhid al-asmā’ wa-al-ṣifāt, ertinya mengesakan Allah taala dengan segala nama-Nya dan sifat-Nya.”

Beliau juga mengatakan bahawa orang-orang kafir musyrik pada zaman Rasulullah SAW beriman dengan tauhid rubūbiyyah. Katanya dalam kitab yang sama, "Perisai bagi Sekalian Mukallaf", “dan tauhid al-rubūbiyyah ini mengaku dengan dia oleh orang-orang kafir pada masa hidup Rasulullah SAW, tetapi tiada memasukkan ia akan mereka itu ke dalam ugama Islam, kerana ingkar mereka itu akan tauhid al-ulūhiyyah.”

Syeikh al-Mandīlī juga menyentuh masalah istighāthah dengan makhluk, dan menggolongkannya ke dalam perkara yang bercanggah dengan tauhid ulūhiyyah. Katanya, “dan bermula tauhid al-ulūhiyyah iaitu mengesakan Allah taala dengan segala perbuatan hamba yang mensyariatkan oleh Allah taala bagi mereka itu, seperti doa, dan nazar, dan menyembelih korban, dan minta tolong, dan sembahyang, dan puasa... Maka, wajib atas tiap-tiap mukallaf bahawa tiada mendoa ia melainkan akan Allah taala... dan tiada minta tolong ia melainkan akan Allah taala.” Wallahualam.



[Gerakan PENA Malaysia]


Comments