OLEH: Abu Amru Radzi Othman
Dari tahun 1995 hingga 2003, telah banyak kali ledakan bom menggoncang tanah Arab Saudi.
Semuanya dilaksanakan oleh Al-Qaedah yang dipimpin oleh "Syeikh" Osama bin Laden.
Makanya para ulama Salafi pun mengeluarkan fatwa tentang kebobrokan Al-Qaedah dan menyatakan bahawa ia adalah jamaah yang sesat.
Siapakah guru kepada "Syeikh" Usama ini?
Siapa lagi kalau bukan ulama-ulama Ikhwanul Muslimin yang melarikan diri kerana takut dipenggal leher oleh Gamal Naser.
Diberikan madu, dibalaskan tuba: kebaikan Saudi dan ulama Salafi menerima ulama-ulama Mesir ini dibalas dengan menyebarkan paham Ikhwanul Muslimin yang sesat dan penuh dengan unsur takfiri.Lebih pelik adalah ada orang yang mengatakan Al-Qaedah merupakan lambang ajaran Salafi.
Lantas bagaimana masuk dalam aqal kalau Al-Qaeah yang Wahabi telah menyerang negara Wahabi?
Bagaimana mungkin Al-Qaedah yang Wahabi disesatkan secara rasmi oleh Ulama Wahabi?
Lalu; kita percaya ada dua orang sahaja yang akan berkata begitu:
Si Jahil yang bahalul lagi bodoh. Dan dia suka mempertahankan kebodohannya.
Si Jahat yang hatinya penuk kebusukan dan kebencian kepada mazhab Ahlul Hadis. Sehingga dia menyebarkan kisah dusta agar masyarakat membenci mazhab Ahlul Sunnah yang asli lalu mengikuti mazhab Ahlul Sunnah Ciplak iaitu Asyaariyah dan Maturidiyah.
___________________________
~ Abu Amru Radzi Othman~
Lajnah Agama
Telegram: https://t.me/gerakanpenamy
Instagram: https://www.instagram.com/gerakanpenamy
_____________________________
Comments
Post a Comment