OLEH: Abu Amru Radzi Othman
اللَّهُمَّ إِنِّي كُنْتُ اسْتَأْجَرْتُ أَجِيرًا بِفَرَقِ أَرُزٍّ فَلَمَّا قَضَى عَمَلَهُ قَالَ: أَعْطِنِي حَقِّي فَعَرَضْتُ عَلَيْهِ فَرَقَهُ فَرَغِبَ عَنْهُ، فَلَمْ أَزَلْ أَزْرَعُهُ حَتَّى جَمَعْتُ مِنْهُ بَقَرًا وَرِعَاءَهَا، فَجَاءَنِي فَقَالَ: اتَّقِ اللهَ وَلاَ تَظْلِمْنِي حَقِّي. قُلْتُ: اذْهَبْ إِلَى تِلْكَ الْبَقَرِ وَرِعَائِهَا فَخُذْهَا. فَقَالَ: اتَّقِ اللهَ وَلاَ تَسْتَهْزِئْ بِي. فَقُلْتُ: إِنِّي لاَ أَسْتَهْزِئُ بِكَ، خُذْ ذَلِكَ الْبَقَرَ وَرِعَاءَهَا. فَأَخَذَهُ فَذَهَبَ بِهِ، فَإِنْ كُنْتَ تَعْلَمُ أَنِّي فَعَلْتُ ذَلِكَ ابْتِغَاءَ وَجْهِكَ فَافْرُجْ لَنَا مَا بَقِيَ. فَفَرَجَ اللهُ مَا بَقِيَ
"Ya Allah, sungguh, aku pernah mengambil sewa seorang buruh, dengan upah satu faraq* beras (padi). Setelah dia menyelesaikan pekerjaannya, dia berkata: ‘Berikan hakku.’ Lalu aku serahkan kepadanya beras tersebut, tapi dia tidak menyukainya. Akhirnya aku pun tetap menanamnya hingga aku kumpulkan dari hasil beras itu seekor sapi dan penggembalanya. Kemudian dia datang kepadaku dan berkata: ‘Bertakwalah kepada Allah, dan jangan zalimi aku dalam urusan hakku.’ Aku pun berkata: ‘Pergilah, ambil sapi dan penggembalanya.’ Dia berkata: ‘Bertakwalah kepada Allah dan jangan mempermainkan aku.’ Aku pun berkata: ‘Ambillah sapi dan penggembalanya itu.’ Akhirnya dia pun membawa sapi dan penggembalanya lalu pergi. Kalau Engkau tahu bahawa aku melakukannya kerana mengharap wajah-Mu, maka bukakanlah untuk kami apa yang tersisa". Maka Allah pun membukakan untuk mereka sisa celah yang menutupi.
(HR Al Bukhari)
Peristiwa ini terjadi pada zaman Bani Israil, jauh sebelum diutusnya Rasulullah saw. Menurut Encyclopedia Judaica, beras diperkenalkan kepada Tanah Israel (Erez Israel) pada Zaman Kuil Kedua sekitar 516SM hingga 70M kerana pada masa itulah berdirinya Kuil Kedua di Jerussalam.
Beras terhasil setelah padi dipisahkan kulitnya dan padi di Tanah Israel adalah dari jenis Padi Basah dimana ia hanya boleh ditanam di kawasan berair. Tidak seperti di Nusantara yang memiliki Padi Basah dan Padi Kering (Padi Huma). Lantaran itu, di Nusantara ada dua nama untuk kawasan penanaman padi: sawah dan ladang. Sawah untuk Padi Basah sedangkan ladang untuk Padi Huma. Dalam Sulalatus Salatin, jelas menunjukkan Wan Empuk dan Wan Malini berhuma padi.
Jika padi diperkenalkan ke Tanah Israel sekitar 516SM maka kewujudan padi sudah ada di Nusantara sejak 3000SM lagi, jauh sebelum bangsa asing singgah ke kepulauan ini dengan perahu laut lepas.
Dalam kisah tiga orang lelaki yang terperangkap dalam sebuah gua kerana ingin berlindung saat hujan lalu batu besar jatuh sehingga menutup mulut gua tersebut, terkandung sebuah petunjuk akan cara tawassul yang syar'i, salah satunya adalah bertawassul kepada Allah dengan amal soleh yang pernah dikerjakan.
Sedangkan tawassul di kuburan adalah bukan dari ajaran Islam, ia diambil dari perlakuan kaum Musyrikin.
* Kira-kira 16 ritl. Ukuran ritl ini berbeza pada setiap wilayah kerana pada zaman dahulu tidak ada keselarasan dalam sistem ukuran.
Bermakna ukuran faraq juga berbeza. Oleh itu ada yang mengatakan 1 faraq sekitar 6.12kg, sedangkan ilmuan lain berkata sekitar 9.17 kg. Ada yang berkata sekitar 30.5 kg.
Syeikh Ali Jum'ah - seorang tokoh Al Azhar - sempat menyenaraikan 3 jenis timbangan ritl:
(1) Ritl Iraq: 382.5g
(2) Ritl Syam: 1785g
(3) Ritl Mesir: 449.28g
---------------
• Encyclopedia Judaica
• Timbangan, Takaran, dan Jarak Dalam Fikih: M. Mukhlisin Abdul Chalim
___________________________
~ Abu Amru Radzi Othman~
Lajnah Agama
Telegram: https://t.me/gerakanpenamy
Instagram: https://www.instagram.com/gerakanpenamy
_____________________________
Comments
Post a Comment