OLEH: Ustaz Muhammad Izzat Al-Kutawi
Sebenarnya, kata-kata ini sebenarnya bukan ucapan Imam al-Shafi'i, tetapi kata-kata yang diriwayatkan oleh beliau daripada orang atau pihak yang tidak disebutkan. Bukan sahaja penuturnya tidak dijelaskan, periwayatnya juga tidak disebutkan. Imam al-Shafi'i meriwayatkan dengan bentuk "sampai riwayat kepada kami bahawa dikatakan..." Dengan ibham orang yang mengatakannya dan ibham orang yang meriwayatkannya, sabitlah kelemahan kata-kata ini.
Cuma, dengan penuh kejujuran dan keinsafan, kita perlu mengakui bahawa Imam al-Shafi'i menerima - sebahagian kalau bukan kesemua kandungan - kata-kata ini. Kata-kata tersebut dipetik oleh Imam al-Shafi'i bersama-sama tiga athar lain yang diriwayatkan dengan sanad lengkap sebagai hujah mengisbatkan galakan beribadat pada malam hari raya.
Bahkan, nas Imam al-Shafi'i seusai menyebut riwayat-riwayat tersebut "dan saya sukai/galakkan semua yang diceritakan/saya ceritakan pada malam-malam ini, tanpa menjadi fardu." Kalau diterima itlaq "pada malam-malam ini" mencakupi semua malam yang disebutkan, maka malam awal Rejab dan nisfsu Syaaban termasuk dalam malam yang digalakkan beribadat oleh Imam al-Shafi'i.
Sama ada kita mahu menerima pensyariatan amalan menghidupkan malam-malam ini atau tidak, kita tidak boleh menafikan bahawa mensyariatkannya adalah pendapat Imam al-Shafi'i. Pada masa yang sama, kemuktabaran atau kebesaran seorang ulama tidak menghalang kita menolak ijtihadnya, kerana ijtihad seorang ulama bukan hujah mengisbatkan amalan dan tidak menggugurkan hukum bidaah daripadanya, maka tiada halangan untuk tidak menerima pandangan Imam al-Shafi'i di sini.
Imam 'Izz al-Din 'Abd al-Salam dan al-Nawawi pun mengingkari dan membidaahkan solat Ragha'ib, amalan yang dianggap sunat oleh ulama sebesar Imam al-Ghazali dan Ibnu al-Salah. Malah, Imam al-Nawawi mengingkari secara keras, dengan berkata:
"Solat ini bid’ah yang jelek lagi mungkar semungkar-mungkarnya. Mengandungi beberapa kemungkaran. Maka, wajib meninggalkan, menjauhi, dan membantah orang yang melakukannya. Dan wajib pemerintah – semoga Allah memberikan taufik kepada mereka – melarang orang ramai melakukannya.
... Dan janganlah terpedaya dengan ramainya orang yang mengerjakannya di pelbagai negeri atau dengan tersebutnya solat itu di dalam kitab Qut al-Qulub, Ihya’ ‘Ulum al-Din, dan sebagainya serta kerana solat itu bid’ah yang batil..."
Wallahualam.
[Gerakan PENA Malaysia]
Dapatkan Himpunan Risalah Aqidah yang ditulis oleh Sheikh Muhammad bin Abdul Wahab. Risalah-risalah beliau dihimpun sebagai sebuah kitab dan diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu (Malaysia).
Boleh dapatkan KLIK DI SINI
Comments
Post a Comment