Antara Kenal Tokoh Dan Kenal Manhaj

OLEH: Ustaz Idris Bin Sulaiman


Ulama sering menekankan betapa perlunya kita menimba ilmu dan memantapkan pemahaman Agama kita khususnya dalam hal melibatkan MANHAJ jalan kita beragama.

Dengan kita memahami MANHAJ dapat kita mengetahui antara yang hak dan batil, membezakan antara kebenaran dan kesesatan.

Mengetahui status kedudukan seorang tokoh adalah penting kerana daripada merekalah kita timba ilmu.

Tetapi memahami MANHAJ jauh lebih utama dan lebih penting.

Ini kerana dengan mengetahui MANHAJ kita dapat panduan untuk sepanjang hidup dan kita dapat nilai sendiri (tanpa bertaklid buta kepada orang lain) kedudukan seorang tokoh yang kita kenal dan yang kita belum kenal.

Dengan memahami MANHAJ kita dapat menentukan kedudukan seorang tokoh sama ada dia berada pada jalan yang benar atau tidak.

Walau apapun, ini tidak menafikan bahawa kita masih boleh bertanya tentang kedudukan seorang tokoh khususnya jika kita masih di peringkat permulaan.

Penting untuk kita pastikan bahawa tokoh kita berada pada MANHAJ SALAF yang benar dan bukan terdiri dalam kalangan mereka yang sesat dan menyimpang daripada Manhaj Salaf itu.

Cuma, ada baiknya kita bertanya secara tertutup dan bukan di ruangan terbuka bagi mengelakkan fitnah dan syubhat.

Semoga kita tergolong dalam kalangan mereka yang dipilih oleh ALLAH untuk istiqamah pada MANHAJ SALAF dan terselamat daripada jalan-jalan kesesatan dan penyimpangan.

Barakallahu fikum.



___________________________
~Ustaz Idris Bin Sulaiman~
Pendakwah Bebas
_____________________________

Comments