Hukum Ukir Patung Haiwan

OLEH: Ustaz Muhammad Izzat Al-Kutawi


Pagi tadi, sahabat saya menghubungi saya untuk menulis sesuatu tentang gambar ini. Gambar ini diambil dalam sebuah hotel terkemuka di Kota Bharu, Kelantan.

Jadi, di sini saya ingin menegaskan bahawa hukum melukis gambar haiwan itu sendiri adalah haram, apatah lagi mengukir patung haiwan seperti ini.

Kata Imam al-Nawawi:

“Kata ashab kami (ulama-ulama mazhab Shafi’i) dan ulama-ulama (mazhab) lain: mengadakan gambar haiwan haram tersangat haram dan termasuk dalam dosa-dosa besar kerana diancam dengan ancaman yang sangat berat seperti yang tersebut dalam hadis…"

[Al-Minhaj fi Sharh Sahih Muslim ibn al-Hajjaj (t.t); Amman dan Riyadh: Bayt al-Afkar al-Dawliyyah; h. 1329]

Sebahagian ulama mendakwa bahawa yang diharamkan hanyalah patung atau diistilahkan mereka sebagai "gambar yang mempunyai bayang". Namun, pendapat ini tidak tepat kerana bercanggah dengan zahir hadis-hadis dalam masalah ini.

Kata al-Nawawi:

"Kata sebahagian salaf: yang dilarang hanya (gambar) yang berbayang. Tidak mengapa gambar yang tidak berbayang.

Mazhab ini batil kerana tirai yang gambarnya diingkari Nabi SAW sesiapa pun tidak syak bahawa gambar tersebut tidak mempunyai [bayang] selain hadis-hadis lain menyebut semua gambar secara mutlak.”

[Ibid.]

Wallahualam.

___________________________
~ Ustaz Muhammad Izzat Al-Kutawi ~
Unit Asatizah
_____________________________

Comments