Hukuman Bagi Pelaku Homoseksual

OLEH: Saufy Jauhary


Sabda Nabi s.a.w:

لعن الله من عمل قوم لوط، لعن الله من عمل قوم لوط، لعن الله من عمل قوم لوط
"Allah melaknat orang yang melakukan perbuatan kaum Luth, Allah melaknat orang yang melakukan perbuatan kaum Luth, Allah melaknat orang yang melakukan perbuatan kaum Luth."
 (Za'dul Ma'ad 5/40, Raudhah ath-Thalibin hal. 371, dan al-Hudud wa at-Ta'zirat halaman 161-162)

وعن عكرمة عن ابن عباس قال: قال رسول الله صلی الله عليه وسلم ، من وجد تموه يعمل عمل قوم لوط فاقتلوا الفاعل والمفعول به
Dan dari Ikrimah, dari Ibnu Abbas radhiallahu anhuma, beliau berkata, Rasulullah s.a.w bersabda: "Barangsiapa yang menjumpai seseorang yang melakukan perbuatan kaum Luth (Liwat), maka bunuhlah fa'il (orang yang meliwat) mahupun maf'ulnya (orang yang diperlakukan)." 
(Hadis riwayat at-Tirmidzi, Abu Daud, Ibnu Majah, Ahmad dan lain2, dishahihkan di dalam al-Irwa', penulis Shahih Fiqih Sunnah pula mengatakan hadis hasan)

Di dalam Islam, terdapat berbagai pendapat tentang hukuman yang patut dikenakan terhadap pelaku Homoseksual/Liwat, namun semuanya mengarahkan bahawa pelakunya patut dihukum mati berdasarkan hadis Ikrimah di atas. Hukuman-hukuman tersebut adalah:

1) Direjam, diriwayatkan dari pendapat Umar, Ali, Ibnu Abbas dan sebahagian sahabat lainnya.

2) Peliwat dijatuhkan dari atas bangunan tertinggi di negerinya kemudian diikuti dengan lemparan batu. Pendapat ini diriwayatkan dari Ibnu Abbas dan Abu Bakar.

3) Peliwat dijatuhi dengan dinding. Pendapat ini diriwayatkan dari Umar, Uthman dan Ali.

4) Peliwat dibakar dengan api. Pendapat ini diriwayatkan dari Abu Bakar, Ali dan Ibnu Zubair.

SUMBER: Shahih Fiqih Sunnah, Syeikh Abu Malik Kamal bin Sayyid Salim.

Artikel Seterusnya: Hukum Bunuh Bagi Homoseksual


___________________________
~Saufy Jauhary~
Lajnah Agama
_____________________________

Comments