Membahas Dua Kitab Rujukan Aqidah Kaum ASWAJA

OLEH: Abu Amru Radzi Othman


Buku Rujukan adalah sesuatu perkara yang sangat penting. Dan apabila disebut ungkapan ilmu, pastilah kita akan terbayang sederet nota kaki atau senarai panjang dimuka akhir - kitab-kitab rujukan.

Kitab rujukan aqidah adalah asas dalam membangunkan kerangka pemikiran sesuatu aliran.

Justeru kitab yang diangkat harus dianggap sangat bagus, berkualiti, mewakili pikiran yang lurus, dikarang ulama agung, dan mantap perbahasannya serta tidak ditemukan kesesatan di dalamnya.

Menyikapi hal ini, golongan Asyaariyah Nusantara atau lebih mesra disebut Aswaja, menyenaraikan beberapa kitab aqidah milik mereka.

Kita menyinggung dua kitab mereka yang mahsyur di sini. Iaitu

(1) Aqidah Mursyidah
(2) Ushul At Tahqiq

Maka marilah kita meneliti dalam memperihalkan kedua kitab tersebut.


PERTAMA:

Nama Kitab: Aqidah Mursyidah
Penulis: Ibnu Tumart
Zaman: Kurun 6H
Lokasi: Afrika

Ibnu Tumart adalah seorang Tok Siak di kerajaan Salafi, Murabitun. Kemudian dia membawa ajaran Asyaariyah lalu di halau keluar dari Andalusia.

Dia menuju ke Syam dan Iraq, belajar kepada Abu Hamid Al Ghazali. Sesuah itu dia pulang ke Magribi, mewujudkan gerakan Al Muwahhidun.

Gerakan yang mengkafirkan kaum Murabitun, malah memfatwakan boleh ditangkap salafi dan dibakar.

Pada 515H, Ibn Tumart mengaku menjadi Imam Mahdi. Masyarakat Afrika banyak mengikut dia kerana percaya bahawa dia lah Imam Mahdi yang digunggu itu.

Dia mati sebelum sempat Murabitun kalah dan Muwahhidun merampas Andalusia.

Qadi Granada lari dari dikejar akhirnya ditangkap jua. Qadi itu adalah Qadi Iyadh. Dia dipaksa untuk mengaku Ibn Tumart sebagai Al Mahdi, tapi beliau enggan. Lantas jasadnya di cincang oleh kaum Aswaja.

Oleh sebab itu, banyak ulama mengomentari Ibn Tumart dengan catatan merah antaranya adalah Ad Dzahabi.

Ad Dzahabi membongkar kisah jenayah dan kerasukan Ibn Tumart. Dia pernah membunuh anak muridny yang ingkar kepada arahannya. Pernah menghabisi sebuah kampung yang dahulu penduduk kampung itu menerima kehadirannya dan anak muridnya saat di halau. Dia juga pernah membiarkan anak muridnya muridnya mati dalam kubur Silap mata.

Dia cipta kubur palsu di tanah perkuburan, dimasukkan anak muridnya, lalu di tutup dan dikambus. Kemudian dia memanggil penduduk kampung, konon dia diseru oleh orang yany sudah meninggal, sebagai Al Mahdi. Maka penduduk pun mendengar ada suara dari tanah memanggil manggil Al Mahdi. Sesudah pulang penduduk Kampung, Ibn Tumar membiarkan pengikutnya dalam lubang itu hingga mati, dikambus bersama rahsia nya.

Malahan Tajuddin As Subki juga terpaksa mengakui kesalahan dan membenarkan peristiwa pengakuan Ibn Tumart sebagai Al Mahdi.

Padahal semua orang tahu bahawa As Subki ini pentaksub Mazur Mazhab Al Asyaariyah tegar.

Apakah orang semacam ini dapat diambil aqidahnya? Apakah orang yang mengaku sebagai Al Mahdi dianggap berada diatas kebenaran?



KEDUA:

Nama Kitab: Ushul Tahqiq
Penulis: Tidak Diketahui
Zaman: Tidak Diketahui
Lokasi: Nusantara

Kitab ini berupa misteri, tidak diketahui penulisnya. Para pensyarah kitab ini mengakui penulis adalah orang yang majhul.

Mereka mengandaikan penulis aslinya adalah ulama Pattani. Dan kerajaan Pattani wujud pada 1457M dan berakhir pada 1902M. Jadi kitab ini muncul paling awal pada kurun ke 15H.

Dalam ilmu tahqiq makhtuthat, perkara penting adalah setiap penyalin manuskrip wajib menulis nama mereka. Selalunya mereka meng-cop cap mohor di muka awal.

Manuskrip tanpa nama penulis atau penyalin, akan dianggap tidak valid untuk dijadikan asas dalam proses tahqiq. Ia tidak boleh dijadikan Naskah Induk.

Dan adalah sudah menjadi budaya, para ulama mewariskan kitab melalui dua jalan:

(1) Tulisan
(2) Hafalan

Dalam tradisi ini, para ulama mengambil sanad kitab, secara berantai sehingga sampai ke penulis asal.

Lalu bagaimana mungkin sebuah kitab Aqidah - iaitu Ushul At Tahqiq - yang menjadi asas keyakinan Kaum Al Asyaariyah Nusantara tidak diketahui nama penulisnya?

Bukankah aqidah itu penting dan utama? Lantas bagaimana kalian mengambilnya dari sebuah buku tanpa nama penulisnya?

Sesuatu yang dianggap ilmiyah mesti ada rujukan. Dan rujukan yang sah mesti memiliki 2 item utama iaitu Nama Penulis dan Jodol Kitab. Ini yang paling minimal.

Sebagai contoh, sesiapa yang belajar di universiti, dia akan belajar satu subjek, khusus untuk belajar cara membuat tesis.

Dalam subjek itu dibahas betapa penting buku rujukan. Dan ada tatacara menulis format rujukan. Ini baru sikap ilmiyah.

Ambil contoh, Injil Matius, ditulis oleh orang misteri.

Maka umat Islam membantah Kristian dengan alasan:

"Injil ini ditulis oleh org yg majhul - tidak dikenal siapa, maka injil ini tidak sah".

Apakah kita akan menerima injil itu atas alasan "tidak penting utk tahu pengarangnya siapa"?

Dan apakah kita dapat menerima sebuah buku injil yang mencakup hal iman, padahal kita sedia maklum bahawa keempat-empat Injil Kanoni ditulis oleh orang yang majhul!


___________________________
~
Abu Amru Radzi Othman
~
Lajnah Agama
_____________________________

Comments