OLEH: Ustaz Huzaifah Hadis
Mohon kerajaan ambil tindakan tegas terhadap taikun China yang menghina tentera itu.
Kalau tidak jangan marah sekiranya rakyat menganggap kerajaan pilih kasih dan menjadi barua minoriti cina.
Kenyataan Dr Zakir Naik (DZN) yang dimanipulasi oleh media Malaysiakini yang pro liberal disiasat, kenyataan kurang ajar daripada taikun cina itu boleh dibiarkan dengan meminta maaf begitu sahaja?
Paling kurang, ajar sedikit taikun cina tu. Agaknya kalau dia duduk negara yang miskin dan bergolak, boleh jadi bilionair tak?
Saya tahu, kesalahan individu tidak boleh dipukalisme kepada satu kaum. Tetapi jikalau kerajaan bersikap pilih kasih dengan bangsa Melayu dan meganak emaskan bangsa minoriti dari sudut tindakan, perlaksanaan hukuman dan sebagainya, tanpa syak lagi. Kerajaan boleh dianggap menjadi kuda tunggangan dan bacul terhadap bangsa minoriti ini.
Jangan biarkan darah orang Islam mendidih. Sebelum apa-apa rusuhan dan ketidak amanan berlaku, diharap kerajaan jangan menaikkan darah lagi umat Islam.
Mengapa hanya satu laporan polis dibuat terhadap DZN sudah menjadikan DZN disoal siasat sedangkan ribuan laporan terhadap kenyataan-kenyataan pihak Dong Zhong, pihak Tamil Elam, sebahagian ahli politik dan sebagainya tetap terus kebal dan kukuh tanpa tindakan?
Kita sudah dimarakkan dengan isu Adib yang masih tidak selesai, ditambah dengan isu bahasa jawi, kini diteruskan pula dengan isu DZN yang marak di media sosial. Adakah kerajaan memang sengaja memilih bangsa Melayu yang majoriti ini mengganas di jalanan baru isu ini segera diselesaikan, sedangkan kerajaan boleh segera menyelesaikan isu ini dengan penuh ketenangan,aman dan harmoni.
Belum ditambah isu penghinaan terhadap lembu korban, hari raya korban yang menjadi syiar Islam oleh puak-puak yang tidak mengenang budi ini. Janganlah menambah dan memarakkan api permusuhan lagi hendaknya.
Isu Adib belum selesai.
Isu penghinaan terhadap syiar Islam makin menjadi-jadi.
Isu bahasa jawi masih tidak selesai sepenuhnya.
Isu korban lembu masih tak selesai.
Akhir sekali, isu DZN yg jelas dimusuhi oleh golongan kafir dan liberal dipanaskan kembali.
Mohon bertindak bijaksana dan "faqih", bukan mengambil kesempatan menangguk di air yang keruh.
___________________________
~ Ustaz Huzaifah Hadis ~
Unit Asatizah
Telegram: https://t.me/gerakanpenamy
Instagram: https://www.instagram.com/gerakanpenamy
_____________________________

Comments
Post a Comment