Hari Raya Di Syurga

OLEH: Ustaz Mohd Safwan Mohd Rusydi


Sesungguhnya hari raya orang yang beriman di dalam syurga ialah ketika mereka menemui Tuhan mereka. Mereka bertemu Tuhan dengan sepenuh kemuliaan. Tuhan mendedahkan kebesaranNya dan mereka memandang kepada Tuhan. Tiada pemberian yang lebih disukai oleh mereka melainkan menemui Tuhan mereka. Ia adalah pemberian tambahan sebagaimana firman Allah:

۞ لِّلَّذِینَ أَحۡسَنُوا۟ ٱلۡحُسۡنَىٰ وَزِیَادَةࣱۖ وَلَا یَرۡهَقُ وُجُوهَهُمۡ قَتَرࣱ وَلَا ذِلَّةٌۚ أُو۟لَـٰۤىِٕكَ أَصۡحَـٰبُ ٱلۡجَنَّةِۖ هُمۡ فِیهَا خَـٰلِدُونَ
Untuk orang-orang yang berusaha menjadikan amalnya baik dikurniakan segala kebaikan serta satu tambahan yang mulia dan air muka mereka pula (berseri-seri) tidak diliputi oleh sebarang kesedihan dan kehinaan. Mereka itulah ahli Syurga, mereka kekal di dalamnya selama-lamanya. 
[Surah Yunus 26]

Imam Ibnu Kathir rahimahullah berkata:

"Dan yang paling utama di antara semua nikmat syurgawi itu ialah memandang kepada Zat Allah SWT Yang Maha Mulia. Sesungguhnya nikmat ini jauh lebih besar daripada semua yang telah diberikan oleh Allah kepada mereka; mereka sebenarnya tidak berhak mendapatkannya kerana amal perbuatan mereka, melainkan berkat kemurahan dan rahmat dari Allah semata." (Tafsir Al-Quran Al-Azhim)

Syibli bermadah,

𝐵𝑢𝑘𝑎𝑛𝑙𝑎ℎ ℎ𝑎𝑟𝑖 𝑟𝑎𝑦𝑎 𝑘𝑒𝑘𝑎𝑠𝑖ℎ 𝑝𝑒𝑟𝑔𝑖 𝑘𝑒 𝑚𝑢𝑠𝑜𝑙𝑙𝑎
𝐵𝑢𝑘𝑎𝑛 𝑗𝑢𝑔𝑎 𝑚𝑒𝑛𝑢𝑛𝑔𝑔𝑢 𝑘𝑒𝑡𝑢𝑎 𝑑𝑎𝑛 𝑠𝑢𝑙𝑡𝑎𝑛
𝑆𝑒𝑠𝑢𝑛𝑔𝑔𝑢ℎ𝑛𝑦𝑎 ℎ𝑎𝑟𝑖 𝑟𝑎𝑦𝑎 𝑖𝑡𝑢 𝑑𝑖 𝑠𝑖𝑠𝑖 𝑝𝑒𝑛𝑐𝑖𝑛𝑡𝑎
𝐼𝑎𝑙𝑎ℎ 𝑑𝑖𝑝𝑒𝑟𝑘𝑒𝑛𝑎𝑛 𝑚𝑒𝑛𝑑𝑒𝑘𝑎𝑡𝑘𝑎𝑛 𝑑𝑖𝑟𝑖
𝑑𝑒𝑛𝑔𝑎𝑛 𝑎𝑚𝑎𝑛.
𝐽𝑖𝑘𝑎 𝑡𝑖𝑎𝑑𝑎 𝑏𝑎𝑔𝑖𝑘𝑢 ℎ𝑎𝑟𝑖 𝑟𝑎𝑦𝑎
𝐴𝑝𝑎 𝑦𝑎𝑛𝑔 𝑎𝑘𝑢 𝑙𝑎𝑘𝑢𝑘𝑎𝑛 𝑑𝑒𝑛𝑔𝑎𝑛 ℎ𝑎𝑟𝑖 𝑟𝑎𝑦𝑎?
𝑀𝑒𝑛𝑔𝑎𝑙𝑖𝑟 𝑟𝑎𝑠𝑎 𝑐𝑖𝑛𝑡𝑎 𝑝𝑎𝑑𝑎𝑚𝑢 𝑑𝑎𝑙𝑎𝑚 ℎ𝑎𝑡𝑖𝑘𝑢
𝑆𝑒𝑝𝑒𝑟𝑡𝑖 𝑎𝑙𝑖𝑟𝑎𝑛 𝑎𝑖𝑟 𝑑𝑎𝑙𝑎𝑚 𝑠𝑎𝑙𝑖𝑟𝑎𝑛.

Imam Ibnu Rajab Al-Hanbali rahimahullah berkata:

"Tiada perayaan yang lebih disukai oleh sang pencinta selain menemui yang dicintainya.

𝐼𝑡𝑢𝑙𝑎ℎ 𝑘𝑒𝑠𝑒𝑙𝑢𝑟𝑢ℎ𝑎𝑛 ℎ𝑎𝑟𝑖 𝑦𝑎𝑛𝑔 𝑚𝑒𝑚𝑏𝑎𝑙𝑢𝑡𝑖 𝑝𝑒𝑟𝑎𝑠𝑎𝑎𝑛𝑘𝑢 𝑑𝑒𝑛𝑔𝑎𝑛 𝑚𝑒𝑟𝑒𝑘𝑎,
𝐼𝑡𝑢𝑙𝑎ℎ 𝑝𝑒𝑟𝑎𝑦𝑎𝑎𝑛 𝑦𝑎𝑛𝑔 𝑡𝑖𝑎𝑑𝑎 𝑙𝑎𝑔𝑖 𝑝𝑒𝑟𝑎𝑦𝑎𝑎𝑛
𝑏𝑎𝑔𝑖𝑘𝑢 𝑠𝑒𝑙𝑎𝑖𝑛𝑛𝑦𝑎."

(Lato-if al-Ma'arif, Majlis Kedua Bulan Zulhijjah)


___________________________
Ustaz Mohd Safwan Mohd Rusydi
_____________________________

Comments