Tidak Disunnahkan Solat Di Raudhah

OLEH: Abu Amru Radzi Othman




Manafaat dari kuliah Syeikh Abdullah Roy, pengajar di Masjid Nabawi.

Berikut adalah catatan gaya bebas dari sesi soal-jawab bersama Syeikh Abdullah Roy:

Dalam hal Raudhah itu ada 2 pandangan dari para Ulama Ahlul Sunnah.

(1) Solat di Raudah itu adalah sunnah.

(2) Solat di Raudhah itu tidak disunnahkan.

Nampaknya pandangan kedua lebih kuat.

Tidak ditemukan dari pada Sahabat yang beribadah di kawasan Raudah dan tidak ditemukan para imam yang melakukan hal itu.

Walaupun Raudhah itu taman dari taman syurga tetapi tidak dimenjadi sebab untuk beribadah di sana.

Contohnya Nabi menyatakan bahawa Sungai Nil itu adalah sungai dari Syurga. Sungguh tidak pernah ada para Sahabat dan tabi'in yang bersolat di sungai Nil dan membaca Al Qur'an di sana.

Namun kedua2 pandangan ini datangnya dari ijtihad ulama Mazhab Salaf dan hendaklah kita meraikan keduanya tanpa memperlecehkan salah satu daripadanya.



___________________________
Abu Amru Radzi Othman~
Lajnah Agama
_____________________________

Comments