Tidak Semua Salah Anggap Perlu Diperjelaskan?

OLEH: Ustaz  Zulfadhli Bin Mohd Razi



Dalam usaha dakwah, berbagai jenis manusia yang perlu kita hadapi. Ada yang tidak memahami maksud dakwah yang ingin disampaikan dan ada yang sememangnya tidak mahu memahami.

Bagi golongan yang sengaja tidak mahu memahami, mereka akan kerap kali buat salah tanggapan terhadap dakwah yang ingin disampaikan. Sebagai pendakwah, perlu mengambil sikap bijak dalam berhadapan dengan golongan sedemikian. Kadangkala, tidak perlu untuk dihuraikan salah anggapan tersebut, sebaliknya memilih konsep lain yang bakal mematikan hujjah mereka.

Contoh terbesar adalah dakwah yang disampaikan oleh Nabi Ibrahim A.S yang telah diabadikan oleh Allah Ta'ala dalam al-Qur'an. Ketika Nabi Ibrahim menyebutkan: "Tuhanku adalah Yang Menghidupkan dan Mematikan", lalu sang Raja dengan angkuh berkata: "Aku juga boleh menghidupkan dan boleh mematikan". (Surah al-Baqarah, ayat 258)

Apa yang dilakukan oleh Nabi Ibrahim A.S? Baginda tidak mengambil sikap untuk memberikan penerangan tentang apakah maksud sebenar "Menghidupkan" dan "Mematikan", tersebut, sebaliknya Baginda mengemukakan cabaran terhadap sang Raja hingga dia terdiam, kata Ibrahim:

"Sesungguhnya Allah yang mendatangkan matahari daripada arah timur, maka datangkanlah ia daripada arah barat". (Surah al-Baqarah ayat 258)

Hasilnya, "Lalu tercenganglah orang yang kafir itu". (Surah al-Baqarah, ayat 258)

Oleh kerana, itu Dr Bilal Philips menyebutkan:

"Obviously the king had a misunderstanding about the meaning of giving life and causing death, a misconception. What did Abraham do? Did he spend time trying to explain to the king the correct meaning? No. Instead he chose another way. He challenged him". (Dakwah Training)

___________________________
~Ustaz Zulfahdli Bin Mohd Razi ~
Pendakwah Bebas
_____________________________

Comments