Al-Qurra' Ialah Khawarij?

OLEH: Zulfikar Egar


Catatan sejarah menunjukkan, selepas pembunuhan Khalifah Uthman bin Affan R.A. Saidina Ali bin Abu Talib R.A dilantik menjadi khalifah pada tahun 35H.

Pelantikan Saidina Ali bin Abu Talib R.A sebagai khalifah berlangsung dalam suasana genting dan begitu kritikal kerana tidak mendapat restu daripada seluruh umat Islam kerana ada golongan yang tidak memberi baiah yakni perjanjian taat setia kepada beliau.

Golongan al-Qurra' merupakan kumpulan yang teramai dan berjaya menempatkan diri dalam barisan penyokong yang menyokong Khalifah Ali bin Abu Talib R.A.

Peranan mereka lebih kepada dalam memerangi penentang yang menetang Khalifah Ali bin Abu Talib R.A.

Tetapi setelah berakhirnya perang Siffin dan peristiwa tahkim antara Khalifah Ali bin Abu Talib R.A dan Muawiyah bin Abu Sufyan R.A.

Golongan al-Qurra' ini keluar daripada kumpulan Khalifah Ali bin Abu Talib R.A kerana tidak bersetuju dengan tindakan Khalifah Ali bin Abu Talib R.A menerima tahkim.

Dan kemudiannya golongan al-Qurra' ini dikenali sebagai khawarij.

Siapakah golongan al-Qurra' ini?

Golongan al-Qurra' ini merupakan golongan awal yang mencetuskan kelahiran Khawarij. Golongan al-Qurra' ini berperanan menjatuhkan dan memusnahkan Khalifah Uthman bin Affan R.A.

Antara individu yang terlibat dalam golongan al-Qurra' ini ialah Al-Ashtar, Malik bin al-Harith dan Hukaym bin Jabalah.

Sebenarnya, kebanyakan khawarij pada awalnya muncul daripada golongan al-Qurra' ini. Majoriti daripada mereka merupakan orang Arab Badwi yang langsung tidak memahami selok-belok percaturan politik.

Mereka ini juga tidak dapat menerima hakikat apabila kaum Quraiys memiliki keistimewaan dalam mengambil alih tampuk kepimpinan selepas kewafatan baginda Rasulullah S.A.W setelah Islam menyamaratakan kaum muslimin.

Peristiwa al-Tahkim merupakan titik permulaan golongan al-Qurra' ini menjadi golongan Khawarij.

Di mana dari situlah bermulanya pendirian mereka yang mengkafirkan Khalifah Ali bin Abu Talib R.A, Muawiyah bin Abu Sufyan R.A, Thalhah bin Ubaidillah R.A, Zubair bin Awwan R.A dan juga Aisyah binti Abu Bakr R.A.

Sekaligus menghalalkan darah sahabat-sahabat nabi ini.

Wallahualam.



*Rujukan:
- Benteng Iman | Kemunculan Khawarij (Ustaz Mohd. Aizam Mas'od)


___________________________
~Zulfikar Egar~
Lajnah Agama
_____________________________

Comments