OLEH: Dr Idris Sulaiman
Fakhruddin Muhammad bin Omar al-Razi (wafat 606H) merupakan antara ilmuwan Asyairah besar terkenal yang menjadi rujukan pengikut-pengikut mazhab Asyairah.
Berikut ialah sebahagian pendirian beliau mengenai kedudukan Al-Quran dan al-Sunah:
1. Akal ialah penentu manakala dalil Al-Quran dan hadis berperanan sebagai membantu.
Kata al-Razi:
الدَّلائِلُ العقليَّةُ إذا دلَّت على صِحَّةِ قولِنا ثمَّ رأينا أنَّ ظواهِرَ القُرآنِ والأخبارِ تؤكِّدُ تلك العَقليَّاتِ قَوِيَ اليقينُ وزالت الشُّبُهات.
“Sekiranya dalil akal membuktikan kesahihan sesuatu pendapat lalu didapati zahir Al-Quran dan hadis menyokong pendapat tersebut maka ia akan menguatkan keyakinan di samping menghilangkan syubhah-syubhah.”
[al-Matalib al-Aaliyah, 9/214]
2. Akal didahulukan manakala dalil naqli (Al-Quran dan al-Sunah) hanya diterima jika tidak bertentangan dengan akal.
Jika tidak maka ia perlu ditakwilkan mengikut apa yang bersesuaian dengan akal.
Tegas beliau:
شَرطُ التَّمسُّكِ بالدَّلائلِ النَّقليَّةِ عدَمُ المُعارِضِ العقليِّ القاطِعِ لأنَّ بتقديرِ وجودِه يجِبُ صَرفُ الظَّاهِرِ السَّمعيِّ إلى التَّأويلِ.
“Syarat untuk berpegang kepada dalil-dalil naqli hendaklah dengan tiada dalil akal qatie (pasti) yang bertembung dengannya. Kerana andainya ada maka wajib ditakwilkan (makna) zahir nas tersebut.”
[al-Arbaiin Fi Usul al-Din, 2/253]
3. Dalil akal bersifat pasti (qatie) manakala Al-Quran dan al-Sunah bersifat sangkaan (zanni).
Jelas al-Razi:
الدَّلائِلَ النَّقليَّةَ ظنِّيَّةٌ، وأنَّ العقليَّةَ قَطعيَّةٌ، والظَّنُّ لا يُعارِضُ القَطعَ.
“Dalil-dalil naqli (Al-Quran dan al-Sunah) bersifat sangkaan (zanni) manakala dalil akal bersifat pasti (qatie). Apa yang bersifat sangkaan tidak boleh menyanggah apa yang bersifat pasti.”
[Maalim Usul al-Din, hlm. 25]
4. Hadis ahad tidak boleh dijadikan sebagai asas pegangan dalam permasalahan akidah.
Kata beliau:
لا يجوزُ التمَسُّكُ في أصلِ الدِّينِ بأخبارِ الآحادِ.
“Tidak boleh berpegang kepada hadis-hadis ahad dalam perkara-perkara asas agama (akidah)."
[Asas al-Taqdis, hlm. 129]
Wallahul mustaan.
Comments
Post a Comment