Infografik: Dosa Menghina Orang Lain

OLEH: Zulfikar Egar



Dalam Sunan Tirmidzi (Kitab Silaturahmi): Daripada Abdullah bin Mas'ud R.A.

Rasulullah S.A.W telah bersabda;

"Tidaklah termasuk hamba yang mukmin iaitu mereka yang selalu menyebarkan aib, melaknat, berperangai buruk dan suka menyakiti".
 [Imam Abu Isa rhm menyatakan ia hasan sahih gharib dan al-Albani rhm mensahihkannya]

Maksudnya di sini, adalah haram hukumnya mencela dan menghina orang lain. Sama ada melalui 'lidah' mahupun 'jari jemari'.

Ini termasuklah menyindir dan meremehkan orang lain konon-kononnya "nak bergurau kasar". Tetapi orang yang diremeh dan disindir itu tidak menyukainya bahkan berasa terhina dengan sindiran itu.

Cubalah tanya orang yang menyindir kononnya nak bergurau itu.

Andai orang lain buat begitu padanya adakah dia gembira atau sakit hati?

Celakalah orang seperti ini kerana sesungguhnya ia termasuk dalam dosa-dosa besar.

Boleh jadi orang yang dicela lebih baik dan mulia berbanding si pencela.

Orang mukmin hendaklah sentiasa mengucapkan perkataan-perkataan yang baik kepada saudaranya sama ada muslim atau bukan Islam.

Ini berdasarkan daripada Abu Hurairah R.A, bahawa Rasulullah S.A.W:

“Dan barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari Akhirat, maka hendaklah dia berkata yang baik atau diam.”
 [HR al-Bukhari]

Wallahualam.


___________________________
~Zulfikar Egar~
Lajnah Agama
_____________________________

Comments