OLEH: Ustaz Huzaifah Hadis
Bagi kelompok perniagaan, berapa ramai dikalangan peniaga yang menggunakan hadith 9/10 rezeki didalam perniagaan sedangkan hadith tersebut dhaif?
Bagi kelompok yang mendakwa dirinya diatas kebenaran, ada yang menggunakan hadith Najd sebagai tempat lahirnya tanduk syaitan bagi mendakwa musuh-musuh mereka didalam kesesatan sedangkan Ibnu Umar sendiri menyatakan maksud Najd itu ialah Iraq bukan Najd yang difahami sekarang?
Di sana ada kelompok yang mendakwa mereka golongan toifah Mansourah, tentera al-Mahdi menggunakan hadith Panji-panji hitam bagi menyatakan mereka diatas kebenaran sedangkan hadith tersebut perawinya dikritik oleh para ulama?
Begitu juga dakyah golongan ahlul bait yang menyusupkan ajaran syiah dengan menggunakan hadith 12 imam sedangkan maksud didalam hadith tersebut ialah para pemimpin, bukan imam.
Jadi, bagaimana solusinya?
Hakikatnya solusi tentang maksud hadith-hadith ini diterangkan oleh para ulama didalam kitab-kitab Syarah mereka. Hadith boleh dimanipulasikan jikalau hanya sekadar dibaca matan sahaja tanpa merujuk kepada syarahan ulama.
Hatta masyaikh di Saudi terutama di Madinah tidak pernah mendakwa mereka diatas kebenaran dengan menggunakan hadith " iman akan kembali ke Madinah sepertimana ular yang akan kembali ke sarangnya".
Kenapa?
Kerana ia bukan caranya.
Hadith bukan tujuannya untuk memenangkan kelompok tertentu dan parti-parti tertentu. Hadith tujuannya untuk dipelajari dan diamalkan. Hatta sekalipun benar Imam al-Mahdi itu datang, beliau tidak mengumpulkan pengikutnya dengan menggunakan hadith-hadith tertentu.
Untuk membaca hadith, perlu dibaca syarahnya sekali kerana antara hadith ianya saling berkait satu sama lain.
Wallahualam.
___________________________
~ Ustaz Huzaifah Hadis ~
Unit Asatizah
Telegram: https://t.me/gerakanpenamy
Instagram: https://www.instagram.com/gerakanpenamy
_____________________________
Comments
Post a Comment