Amalan Dari Mimpi Tidak Boleh Diikuti

OLEH: Ustaz Mohd Safwan Mohd Rusydi

Dalam Islam mimpi mengajarkan amalan tertentu tidak boleh diikuti. Meskipun dalam mimpi tu kononnya Rasulullah ﷺ lah yg mengajarkan. Kerana Syaitan boleh menyamar menyerupai wajah siapa2 saja dan mendakwa dia Rasulullah. Tapi syaitan tidak akan dapat menyerupai rupa sebenar Rasulullah ﷺ. Sebab tulah sahabat Nabi jika siapa2 yg mimpi jumpa Rasulullah mereka tdk terus percaya, mereka akan bertanya sifat2 dan rupa Rasulullah dalam mimpi tu utk mengetahui benar atau salah. (Rujuk Kitab Syamail Muhammadiyah Imam At-Tirmizi)

Kemudian jika sekiranya amalan tu bertepatan dgn hadis2 yg sahih, maka yg diamalkan adalah hadis nabi tu bukanlah mimpi tersebut. Kerana ajaran agama Islam sdh sempurna (Rujuk Surah Al-Maidah ayat 3).

Tiada keterangan dlm agama Islam ini melainkan semua telah diterangkan oleh Rasulullah ﷺ. Sabda baginda:

قَدْ تَرَكْتُكُمْ عَلَى الْبَيْضَاءِ لَيْلُهَا كَنَهَارِهَا لَا يَزِيغُ عَنْهَا بَعْدِي إِلَّا هَالِكٌ
“Sungguh aku telah meninggalkan kalian dalam keadaan yang sangat jelas, malamnya bagaikan siangnya. Tidak akan menyeleweng setelahku kecuali dia akan binasa...” 
(HR. Ibnu Majah dan Ahmad)

Adapun amalan2 utk menghindari diri dari wabak penyakit, telah byk dalam hadis2 yg sahih. Antaranya:

بسم الله الذي لا يضر مع اسمه شيء في الارض ولا في السماء وهو السميع العليم

Bismillahillazi layadurru ma'asmihi... Hingga habis.

Ada juga doa yg selalu keluar di tv 1 iaitu:

اللهم إني أعوذ بك من البرص والجنون والجزام وسييء الأسقام
Allahumma inni a'uzubika minal baros, wal junin, wal juzam wasiyyi-il asqom.

Dan banyak lagi. Wallahu'alam


___________________________
 Ustaz Mohd Safwan Mohd Rusydi
_____________________________

Comments