At-Taslim Terhadap Seluruh Ucapan Allah dan Rasul Adalah Manhaj Ahli Sunnah

OLEH: Ustaz Mohd Safwan Mohd Rusydi

Imam Ahmad bin Hanbal rahimahullah menyatakan: “Sesiapa yang menolak hadis Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam, maka dia berada di pinggir jurang kehancuran.” (Tabaqat Al-Hanabilah, 2/11 dan Al-Ibanah, 1/269; lihat Ta’zhimus Sunnah hal. 29)

Imam Al-Barbahari rahimahullah menegaskan: “Jika engkau mendengar seseorang mencela riwayat-riwayat (yakni riwayat hadis yang sahih), menolaknya atau menginginkan selainnya, maka curigailah keislamannya dan jangan ragu kalau dia adalah pengekor hawa nafsu, ahli bid’ah.” (Syarhus Sunnah hal. 51)

Abul Qashim Al-Asbahani rahimahullah menerangkan: Ahli Sunnah dari kalangan salaf berkata: “Sesiapa yang mencerca riwayat-riwayat hadis, maka selayaknya untuk dituduh keislamannya.” (Al-Hujjah fi Bayanil Mahajjah 2/248. Lihat Ta’zhimus Sunnah, hal. 29)

Imam Az-Zuhri rahimahullah berkata: “Dari Allah SWT keterangannya, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam yang menyampaikannya, maka kewajiban kita adalah menerimanya.” (Aqidatus Salaf Ashabil Hadis, hal. 249)

Beliau rahimahullah berkata juga: “Diriwayatkan dari salaf bahawa kaki Islam tidak akan kokoh, kecuali di atas dasar At-Taslim (yakni menerima dan tunduk pada seluruh ucapan Allah SWT dan Rasul-Nya).” (Aqidatus Salaf Ashabul Hadis hal. 200).


___________________________
Ustaz Mohd Safwan Mohd Rusydi
_____________________________

Comments