OLEH: Abu Nur Aisyah
Ucapan itu membuatkan Abrahah tercengang, namun meneruskan juga niatnya menghancurkan Kaabah dengan menggunakan Mahmud si Gajah yang paling gagah dan besar.
Tatkala Abrahah mengarahkan gajah-gajah tersebut, Nufail bin Habib pergi ke samping Mahmud, lalu membisikan bahawa tempat tersebut adalah kota suci, rumah Allah, pulanglah atau menderumlah.
Maka sang gajah tadi yang taat pada Tuhannya, akhirnya menderum dan tidak mahu menyerang Kaabah. Akhirnya, Abrahah gagal menyerang Kaabah sebaliknya Allah mengirimkan burung-burung membawa batu yang saiznya seperti kacang adas, setiap seekor burung membawakan 3 buah batu, satu di paruh manakala 2 di kaki. Tidaklah yang terkena batu-batu tersebut melainkan akan hancur seperti daun dimakan ulat.
[Faedah Tafsir Surah al-Fil - Tafsir Ibnu Katsir]
***
Menarik bukan kisah-kisah yang tercatat dalam al-Quran? Tapi masih ramai yang tidak suka baca kisah-kisah ini. Ramai yang suka baca novel dan drama yang jelas semua itu adalah lakonan dan tipu sahaja. Padahal ada kisah yang benar tang boleh dibaca dan berfaedah sampai ke hari pengakhiran.
Kisah tentera bergajah salah satu bukti mukjizat Nabi, di mana peristiwa ini berlaku ketika Nabi kecil, lalu Nabi ceritakan semula kepada masyarakat dengan tepat tanpa sebarang pengurangan, sebab ia datang dari wahyu ilahi.
Tapi tetap sahaja ada yang buta mata hati mereka dari menerima kebenaran Muhammad shallallahu 'alaihi wasallam.
Tambahan, sikap Abdul Muthalib yang mengarahkan kaumnya agar menyelamatkan diri adalah tindakan yang cerdik, sebab dia faham dia dan kaumnya tidak akan mampu menghadapi Abrahah. Sekiranya dia melawan, sudah tentu ramai yang terkorban.
Sebagaimana Allah menjaga Baitullah, begitu juga pasti Allah akan menjaga kiblat pertama kaum Muslimin iaitu Baitul Muqaddis.
Bacalah! Bacalah Tafsir Ibnu Katsir!
Wallahu' alam.
___________________________
Abu Nur Aisyah
Telegram: https://t.me/gerakanpenamy
Instagram: https://www.instagram.com/gerakanpenamy
Sejarah: https://revolusimelayubaru.blogspot.com/
Sejarah: https://revolusimelayubaru.blogspot.com/
_____________________________
Comments
Post a Comment