OLEH: Ustaz Muhammad Izzat Al-Kutawi
Pengecualian diberikan kepada kotoran berupa daki. Dalam Ghāyah Talkhīs al-Murād disebut, “sekiranya ada kotoran di dalam lubang pusat atau di bawah kuku yang memerlukan usaha keras untuk menghilangkannya, sekiranya terhasil daripada tubuh sebagaimana biasa, kerana ia terlindung daripada debu, maka ia sebahagian daripadanya (tubuh), maka tidak perlu sampai air ke bahagian bawahnya.”
Namun begitu, mengikut pendapat Imam al-Ghazālī dan lain-lain, kotoran di bawah kuku yang sukar dielak atau biasa ada adalah dimaafkan. Kata al-Ziyādī, “masalah ini termasuk dalam ‘umūm al-balwā, kerana jarang orang yang kuku tangan dan kakinya bersih daripada sebarang kotoran.” Kata yang lain, “kotoran kuku tidak menghalang keharusan (kesahan) taharah kerana sukar dihilangkan, berbeza dengan seumpama doh roti yang wajib dihilangkan secara putus kerana ia jarang...”
Jadi, untuk selamat dan keluar daripada khilaf, pastikan kuku berada dalam keadaan bersih. Namun, jika seseorang sudah berwuduk, mandi wajib, dan solat dalam keadaan terdapat kotoran di bawah kuku, ia tidak perlu mengulanginya dengan mengambil kira pendapat kedua. Lagipun tiada nas yang tegas menafikan kesahan wuduk dan mandi wajib hanya kerana kotoran bawah kuku, walhal ia perkara biasa.
___________________________
Ustaz Muhammad Izzat Al-Kutawi
Telegram: https://t.me/gerakanpenamy
Instagram: https://www.instagram.com/gerakanpenamy
Sejarah: https://revolusimelayubaru.blogspot.com/
Sejarah: https://revolusimelayubaru.blogspot.com/
_____________________________
Comments
Post a Comment