Kaedah Membaca Buku untuk Tholibul Ilmu

OLEH: Taufiq Tuah

Antara asbab seseorang itu lari dari manhaj Salaf yang telah disenaraikan oleh sahabat ku M Syahrul RK ialah, orang itu jenis banyak pembacaan sehingga tidak tahu yang mana yang baik dan yang buruk. Lalu terikut dengan idea-idea syubhat daripada buku lainnya.

Saya faham bahawa orang yang minat membaca ini, mereka akan juga membaca buku seperti pemikiran orang-orang kafir. Sehinggakan ada sahaja buku yang ditulis oleh tokoh orang kafir tertentu yang berniat untuk menyuntik fahamannya kepada pembaca. Sebagai Muslim juga tidak lari dari terdedah dengan bahan bacaan seperti ini. Apatah lagi rata-rata Muslim itu tidak terpaut kepada sahabat-sahabat yang se-manhaj atau bersama guru-guru yang dapat membimbing mereka.

Maka di sini ialah tips mudah agar kita sentiasa teguh di atas manhaj dan tidak mudah terikut dengan pandangan syubhat apatah lagi pandangan liberal dan kafir yang menyesatkan.

1. Janganlah bodoh sombong dan merasa cukup ilmu. Tak dinafikan ramai antara kita yang mengeluh apabila ustaz kita sering mengulang kitab syarahan di dalam kuliah. Malah ada yang sudah berhenti membaca buku² akidah dengan alasan "Alah isinya lebih kurang sahaja". Perasaan rasa "Ah aku sudah cukup" dan "ah aku dah pandai bab ni" membuatkan akhirnya mereka memandang ringan tentang TUNJANG AGAMA iaitu aqidah. Maka pertama, buanglah dahulu sifat bodoh sombong yang ada di dalam diri kita.

2. Amalkan untuk membaca buku berselang-seli dengan buku akidah. Contoh:-

Senarai Buku Dibaca Bulan Ini Secara Tertib:
1. Isu Akidah
2. Isu Sejarah
3. Isu Akidah
4. Isu Konspirasi
5. Isu Aqidah
6. Isu Pandangan idea orang kafir
7. Isu Aqidah
8. Isu Fiqh
9. Isu Aqidah

dan begitulah seterusnya .. Salahkah kita membaca buku aqidah berulang kali? Tidak! Malah tidak salah juga untuk membaca buku aqidah yang sama berulang-ulang. Namun saya faham, adanya mereka yang kelak akan bosan juga la kalau baca buku sama sahaja sampai 30 kali. Maka beli sahaja lah buku tajuk aqidah yang ditulis oleh ulama sunnah yang lain.

Dekat mana nak cari? Alah banyak je.. Kalau musim PKP ni, boleh juga cari di Warung Ilmu - Bookstore / OnlineSale.. Banyak buku-buku dan risalah berkenaan aqidah dan tauhid Ahli Sunnah yang mudah didapati di pasaran. Kalau susah nak jumpa, boleh je cari di Warung Ilmu insyaallah.

3. Dengan cara ini, kita sebenarnya sentiasa menasihati diri kita untuk teguh di atas pegangan manhaj dan aqidah ahli sunnah wal jamaah. Sentiasa 'refresh' untuk mentauhidkan diri daripada Allah. Sentiasa ingatkan diri untuk terus teguh sebagaimana saranan Nabi dan para sahabat, tabien dan tabi' tabien.

Semoga dengan tips ini dapat memberikan manfaat untuk semua terutamanya tholibul ilmi yang sangat suka membaca dan ulat buku. Ya Allah yang membolak-balikkan hati, Kau kukuhkanlah iman kami untuk agama Mu.

Wallahualam


___________________________
Taufiq Tuah
_____________________________

Comments