Malaikat yang Tampan Mendatangi Dua Orang Nabi

OLEH: Abu Nur Aisyah

Ketika Zaman Nabi Luth, para malaikat diutus kepada Nabi Luth dalam keadaan mereka menyamar menjadi lelaki tampan dan sempurna
(Tafsir As-Sa’di, hlm. 403)

Sebelum bertemu Nabi Luth, para malaikat tadi bertemu dengan Nabi Ibrahim, kerana Nabi Ibrahim merupakan gurunya Nabi Luth. Pertemuan tersebut tercatat di dalam surah Huud ayat 70.

Nabi Ibrahim menghidangkan mereka makanan, namun mereka tidak menjamah makanan tersebut walau sedikit pun. Selepas beberapa waktu, mereka pun memberitahu kepada Nabi Ibrahim bahawa mereka adalah malaikat yang diutus Allah 'azza wa jalla kepada kaumnya Nabi Luth.

Ketika para malaikat itu datang bertemu Nabi Luth dalam keadaan menyamar menjadi lelaki tampan, Nabi Luth sangat bimbang, sebab keadaan dan suasana ketika itu sangat sulit, kaumnya yang suka berhubungan dengan sesama jantina.

وَلَمَّا جَاءَتْ رُسُلُنَا لُوطًا سِيءَ بِهِمْ وَضَاقَ بِهِمْ ذَرْعًا وَقَالَ هَذَا يَوْمٌ عَصِيبٌ
“Dan tatkala datang utusan-utusan Kami (para malaikat) itu kepada Luth, dia merasa susah dan merasa sempit dadanya kerana kedatangan mereka, dan dia berkata: “Ini adalah hari yang amat sulit.” (QS. Huud: 77)

Lantas Nabi Luth membawa masuk malaikat tadi ke dalam rumahnya, agar mereka tidak dilihat oleh kaumnya. Namun terjadi pengkhianatan, isteri Nabi Luth menyampaikan khabar (istilah bajau: boak-boak) kepada kaum mereka bahawa ada lelaki tampan berada di rumah mereka.

Lantas kaum Nabi Luth pun bergegas datang ke rumah Baginda, mereka tidak sabar, tidak bisa mengawal nafsu songsang mereka untuk sesama jenis. Nabi Luth menemui kaumnya dan meminta mereka menghormati tetamunya, sekaligus menawarkan kepada mereka puteri baginda untuk mereka nikahi. Akan tetapi kaumnya menolak dan mereka tetap mahukan para lelaki tampan tadi.

وَجَاءَهُ قَوْمُهُ يُهْرَعُونَ إِلَيْهِ وَمِنْ قَبْلُ كَانُوا يَعْمَلُونَ السَّيِّئَاتِ قَالَ يَا قَوْمِ هَؤُلَاءِ بَنَاتِي هُنَّ أَطْهَرُ لَكُمْ فَاتَّقُوا اللَّهَ وَلَا تُخْزُونِ فِي ضَيْفِي أَلَيْسَ مِنْكُمْ رَجُلٌ رَشِيدٌ
“Dan datanglah kepadanya kaumnya dengan bergegas-gegas. Dan sejak dahulu mereka selalu melakukan perbuatan-perbuatan yang keji. Luth berkata: “Hai kaumku, inilah puteri-puteriku, mereka lebih suci bagimu, maka bertakwalah kepada Allah dan janganlah kamu mencemarkan (nama)ku terhadap tamuku ini. Tidak adakah di antaramu seorang yang berakal?”
 (QS. Huud: 78)

Maka kaumnya menjawab:

قَالُوا لَقَدْ عَلِمْتَ مَا لَنَا فِي بَنَاتِكَ مِنْ حَقٍّ وَإِنَّكَ لَتَعْلَمُ مَا نُرِيدُ
“Mereka menjawab: “Sesungguhnya kamu telah tahu bahwa kami tidak mempunyai keinginan terhadap puteri-puterimu; dan sesungguhnya kamu tentu mengetahui apa yang sebenarnya kami kehendaki.”
 (QS. Huud: 79).

Diringkaskan, akhirnya para malaikat tadi pun memberitahu kepada Nabi Luth bahawasanya mereka adalah malaikat utusan Allah 'azza wa jalla. Malaikat tadi pun memberitahu bahawa Nabi Luth perlu beredar dari rumah mereka pada malam hari dan membawa bersama keluarganya, jangan sampai ada yang tertinggal, melainkan isterinya kerana isterinya akan mendapat azab yang sama dengan kaumnya disebabkan pengkhianatan yang ia lakukan (rujuk Surah Huud: 81-83)

Maka, didatangkan lah azab kepada kaumnya berupa azab bumi diterbalikkan, kemudian di hempas ke bawah, lalu dihujani mereka dengan hujan batu.

Gambar dari @razuryza 2008


Faedah:
Kuliah Ustadz Dr Firanda Andirja : Tafsir Juz 27: Surah al-Qomar : 34-55


___________________________
Abu Nur Aisyah
_____________________________

Comments