Sejarah Hitam Para Saintis Muslim (Ada Antara Mereka Akhirnya Menjadi Athies Kerana Menyanjung Akal)
OLEH: Abu Amru Radzi Othman
Umat Islam sejak awal zaman Sahabat, sebok membahaskan perihal agama dan akhirat.
Namun kondisi ini berubah apabila wilayah Islam mula menjangkau luas sehingga masuklah kaum filsafat ke dalamnya. Lalu mereka cuba menyesuaikan aqidah lama mereka yang rasional dengan ajaran-ajaran Islam.
Lebih parah apabila para Sultan juga menitahkan usaha menterjemah kitab sains Yunani ke dalam bahasa Arab.
Usaha ini dirintis oleh seorang Khalifah Umawiyah, beliau menyuruh menterjemah ilmu sains tabi'ie Yunani ke dalam Bahasa Arab. Masa itu tidak ada lagi usaha membawa faham filsafah ke dalam dunia Islam.
Setelah runtuhnya Damsyik, lalu Kerajaan Abbasiyah naik pada 132H di Kufah-Hasyimiyah, kemudian bergeser ke Baghdad, maka usaha menterjemah seluruh cabang ilmu Yunani giat dilakukan.
Program ini rancak ketika Abbasiyah dikuasai oleh Kekuarga Al Barmaki. Dan ajaibnya Harun Ar Rasyid adalah seorang Ahlu Sunnah yang dipelihara oleh kaum keluarga Al Barmaki. Akhirnya Harun membunuh seluruh kekuarga angkatnya.
Abbasiyah bebas dari pengaruh Al Barmaki yang tebal paham filsafatnya. Namun Harun jatuh ke dalam lembah yang lain.
Ketika itu wilayah kekuasaan Abbasiyah sudah sampai ke kawasan India. Berlaku debat antar-agama. Ketika pendita Hindu mengajukan falsafah aqal-aqalan, ulama Ahlu Sunnah enggan menjawab, kerana soalan itu bersifat batil.
Harun merasakan wajahnya terconteng arang. Rasa malu, dia fikir maruahnya tercemar. Lantas dia mendapat cara: biarkan ulama Mu'tazilah yang menangani pendita.
Lantas dikeluarkan seorang ulama Mu'tazilah dalam penjara lalu didebatkan bersama Pendita Hindu, dan akhirnya terbukti logika Ulama Mu'tazilah lebih bagus dari rasio Pendita.
Natijahnya Harun menjadikan sang Ulama itu sebagai guru mursyid kepada anaknya yang lahir dari isteri parsinya.
Setelah Harun wafat, anaknya Al Amin pun naik. Dia adalah anak permaisuri, yang berbangsa Arab. Lalu adik tirinya - anak didik ulama Mu'tazilah - merampas kuasa dan membunuh Amin.
Naik lah Al Ma'mun setelah membunuh abangnya sekitar tahun 197H. Bersama dengan dia naik, maka naiklah juga mazhab aqidahnya iaitu Mu'tazilah.
Jadinya kitab Yunani makin rancak di terjemah. Segala bidang ilmu dibawa masuk dan yang mendapat kedudukan tertinggi adalah filsafat aqidah.
Sultan Abbasiyah membayar upah terjemahan dengan ketulan emas: berat buku sebanding beras emas yang akan jadi upah.
Dan bersamaan dengan naiknya Al Ma'mun, lahir golongan para saintis sesat yang telah terpengaruh dengan falsafah sains matematik Yunani.
Kumpulan terkenal dengan nama Ikhwan al-Safa’ wa Khullan al-Wafa’ wa Ahl al-Hamd wa Abna’ al-Majd, dianggotai oleh golongan ahli falsafah dan sains yang menyeleweng seperti:
(1) Abu Hayyan al-Tawhidi
(2) Abu Sulayman al-Busti al-Muqaddasi
(3) Ali b. Harun al-Zanjani
(4) Muhammad al-Nahrajuri (al-Mihrajani)
(5) Al Awfi
(6) Zayd ibn Rifa‘i
Abu Hayyan ini lahir pada 320H dan wafat pada 414H. Namun sebenarnya gerakan Saintis Sesat sudah muka bertapak pada zaman Jabir ibn Hayyan (102 - 199H) di Kufah.
Jabir ini lahir dan hidup pada zaman terakhir Umawiyah dan dia terkenal sebagai pendokong Revolusi Pemberontakan Bani Abbas. Peralihan Dinasti berlaku ketika Jabir As Sufi berumur 30 tahun.
Jadi maknanya sains Yunani telah mula menguasai pemikiran saintis Muslim. Sangat besar kebarangkalian segala ideologi Yunani meresap tanpa sedar.
Salah satunya adalah keyakinan Bumi berbentuk seperti bola, yang diimport dari Ahli Filsafat Yunani mula diimani kaum Saintis Muslim yang terseleweng.
Lama kelamaan umat Islam yang mulanya beriman seperti kaum Yahudi dan Nasrani (iaitu bumi leper seperti tikar yang nanti akan di gulung Allah) berubah pendapat kepada keyakinan Yunani iaitu Bumi seperti bola.
Di zaman inilah Imam Ahmad lahir pada 164 (wafat pada 241H). Nampaknya beliau hidup dalam era Abbasiyah, dan ketika itu Jabir Al Hayyan sudah menyebarkan segala faham filsafatnya di kalangan saintis Islam.
Bersama dengan waktu, maka makin banyaklah Saintis Seleweng muncul, terutama setelah terbentuk jama'ah Ikhwan As Safa di atas.
Keyakinan Bumi Pegun mula dicabar oleh As Sijzi (l 339H) yang menemukan Astrolab. Padahal umat Islam sejak zaman berzaman beriman bumi pegun!
Dengan menggunakan Astrolab pula, kawan baik As Sijzi iaitu Al Biruni (l 362H, dia kekal yakin bumi pegun) mendaki gunung dan mengukur ketinggian gunung tersebut, sekaligus mengukur jejari bumi. Rumus yang dipakai nya adalah matematik trigonimetri.
Tetapi rupanya sebelum As Sijzi lahir, telah muncul Al Mas'udi (282 - 344H) yang mencetuskan Teori Evolusi!
Di zaman seterusnya lahir Al Farabi dan Ibn Sina. Dia mula percaya kepada Kesesatan dan mengikut jejak Plato. Lantas para ulama mengkafirkan dirinya.
Namun hari ini betapa ramai kaum muslimin di tipu, sehingga percaya bahawa Ibn Sina adalah kebanggan kita!
Inilah sekelumit sejarah hitam para Saintis Muslim.
Hari ini kita melihat fenomena yang sama berlaku: ahli sains menjadi atheis bila menyangjung aqal.
Penyakit ini telah lama diketahui oleh umat Islam, sebab ia telah menjangkiti Ibn Sina dan saintis Muslim zaman silam.
___________________________
Abu Amru Radzi Othman
Telegram: https://t.me/gerakanpenamy
_____________________________
Comments
Post a Comment