Tiyarah: Mengurung / Menahan Hajat Seseorang

OLEH: Ustaz Mohd Safwan Mohd Rusydi


Imam Ahmad meriwayatkan hadis dari Ibnu Umar, bahwa Rasulullah ﷺ bersabda :

من ردته الطيرة عن حاجته فقد أشرك ، قالوا : فما كفارة ذلك ؟ قال : أن تقول : اللهم لا خير إلا خيرك، ولا طير إلا طيرك، ولا إله إلا غيرك
“Sesiapa yang mengurungkan hajatnya kerana tiyarah ini, maka dia telah berbuat kemusyrikan”, para sahabat bertanya: “lalu apakah yang dapat menebusnya?”, Rasulullah ﷺ menjawab: “hendaklah dia berdoa :

اللَّهُمَّ لَا خَيْرَ إِلَّا خَيْرُكَ وَلَا طَيْرَ إِلَّا طَيْرُكَ وَلَا إِلَهَ غَيْرُكَ
ALLAHUMMA LA KHAIRA ILLA KHAIRUKA WALA TOIRO ILLA TOIRUKA WALA ILAAHA ILLA GHOIRUKA
“Ya Allah, tiada kebaikan kecuali kebaikan dariMu, dan tiada tiyarah (malang/sial) kecuali kesialan dariMu, dan tiada Tuhan yang berhak disembah kecuali Engkau.”

Dan dalam riwayat yang lain dari Fadl bin Abbas, Rasulullah ﷺ bersabda:

"إنما الطيرة ما أمضاك أو ردك"
“Sesugguhnya Tiyarah itu adalah yang dapat menjadikan kamu terus melangkah, atau yang dapat mengurungkan niat (dari tujuan kamu).”

(Rujukan: Kitabut-Tauhid)


___________________________
Ustaz Mohd Safwan Mohd Rusydi
_____________________________

Comments