Boleh Jadi Allah Menolong Agamanya Dari Seorang yang Fajir (Berdosa)

OLEH: Ustaz Muhd Safwan mohd Rusydi

Dari Abu Hurairah radhiallahu'anhu berkata, "Ketika kami sedang ikut dalam suatu peperangan bersama Rasulullah ﷺ, baginda berkata kepada seseorang yang mengaku dirinya telah masuk Islam:

"Orang ini termasuk penghuni neraka."

Ketika terjadi peperangan orang tadi berperang dengan sangat berani lalu dia telah cedera kemudian dikatakan (kepada baginda);

"Wahai Rasulullah, orang yang Baginda maksudkan tadi sebagai penduduk neraka, dia telah berperang pada hari ini dengan sangat berani dan dia telah gugur (mati syahid)."

Maka Nabi ﷺ bersabda:

"Dia akan masuk neraka."

(Abu Hurairah) berkata:

"Orang-orang semuanya menjadi ragu. Ketika dalam keraguan seperti itu, ada seseorang yang mengkhabarkan bahawa orang yang berperang tadi tidaklah mati melainkan setelah mendapatkan cedera yang amat parah namun di malam harinya dia tidak sabar atas luka yang dideritanya sehingga akhirnya dia pun membunuh dirinya. Kejadian ini kemudian dikhabarkan kepada Nabi ﷺ, maka Nabi ﷺ bersabda:

اللَّهُ أَكْبَرُ أَشْهَدُ أَنِّي عَبْدُ اللَّهِ وَرَسُولُهُ ثُمَّ أَمَرَ بِلَالًا فَنَادَى بِالنَّاسِ إِنَّهُ لَا يَدْخُلُ الْجَنَّةَ إِلَّا نَفْسٌ مُسْلِمَةٌ وَإِنَّ اللَّهَ لَيُؤَيِّدُ هَذَا الدِّينَ بِالرَّجُلِ الْفَاجِرِ
"Allahu Akbar (Allah Maha Besar), aku bersaksi bahawa aku ini hamba Allah dan rasulNya."

Kemudian baginda memerintahkan Bilal agar menyerukan manusia bahawa tidak akan masuk syurga melainkan jiwa yang pasrah dan boleh jadi Allah menolong agama ini melalui seorang yang fajir (berdosa)." (HR. Bukhari: 2834)


___________________________
Ustaz Muhd Safwan Mohd Rusydi
_____________________________

Comments