Faraid Mengikut Mazhab Hanbali

OLEH: Ustaz Huzaifah Hadis

Harta arwah apabila arwah meninggalkan anak lelaki, isteri, ibu dan bapa.

Semua dilarang  terhadap harta tersebut melainkan ibu dan ayah arwah, isteri dan juga anak lelaki.

Adik beradik arwah, samada sekandung ataupun bukan tidak akan memperolehi sesen pun kecuali jikalau arwah ada meninggalkan hutang yang belum dibayar ataupun wasiat yang tidak melebihi satu pertiga.

Ini kerana asal hukum untuk harta arwah ialah buat suami/ isteri, anak,  ibu dan bapa arwah sahaja. 

Jikalau arwah meninggalkan anak lelaki, maka anak lelaki memiliki kuasa boleh mengambil seluruh harta arwah melainkan untuk waris di atas iaitu ibu, bapa dan isteri arwah.

P/s: Ini dalam mazhab Hanbali sebab kebanyakan mahkamah mengambil mazhab Hanbali dari segi faraidh kerana ia lebih mudah dan teratur. Adapun mazhab Syafie agak "complicated" sedikit.

Hukum juga berbeza sekiranya arwah dibunuh oleh salah seorang waris.

Wallahualam.


___________________________
Ustaz Huzaifah Hadis
_____________________________

Comments