Membaca Al-Quran Mendapat Kedudukan Tertinggi di Akhirat

 OLEH: Ustaz Abid Annuriyy

Membaca, Menghafaz Dan Memperelokkan Bacaan Al-Quran Mendapat Kebaikan Dan Kedudukan Tertinggi Di Akhirat.


Daripada ‘Abdullah ibn ‘Amr ibn al-‘Asi r.a. berkata, bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:

“Pada Hari Qiyamat di dalam syurga akan dikatakan kepada orang yang membaca al-Quran:


‘Bacalah, naikilah tingkat syurga yang lebih tinggi dan perelokkanlah bacaan Al-Quran, sepertimana engkau memperelokkannya di dunia, sesungguhnya tempat kamu akan ditentukan di akhir ayat yang kamu bacakan’.”

.

(HR Abu Dawud dalam Sunan Abi Dawud, Kitab Tafri’ Abwab al-Witr, Bab Istihbab At-Tartil Fil Qira’at, hadith 1464, al-Tirmidhi, al-Nasa’ei dan Ahmad, hadith ini hasan sahih)

.

Zahir hadith ini menunjukkan bahawa tidak mendapat kelebihan ini melainkan hafiz al-Quran yang mutqin, ikhlas kerana Allah, membacanya dengan lancar dan bagus, beramal dengannya, melakukan segala suruhannya dan meninggalkan segala larangannya. Bukan hafiz munafiq, musyrik atau bid’ah.


___________________________
Ustaz Abid Annuriyy
_____________________________

Comments