Bencana Di Madinah Selepas Berlalunya Zaman Sahabat

OLEH: Zulfikar Egar


Tahukah kita semua bahawa dalam lipatan sejarah di bumi Madinah, selepas berlalunya zaman para sahabat.

Telah berlakunya peristiwa besar yakni bencana alam di bandar Nabawi tersebut. Bukannya ribut padang pasir yang besar ataupun banjir besar tetapi gempa bumi dan yang menyebabkan berlakunya letusan seperti letusan gunung berapi hingga menggalirkan lava.

Peristiwa ini terjadi pada bulan Jamadil Awal tahun 654H. Kejadiannya bermula di sebuah bukit al-Harrah al-Syarqiyyah di mana bukit tersebut telah meletup lalu mengeluarkan api dengan dahsyatnya.

Dan peristiwa ini terjadi semasa zaman Imam Nawawi Rahimahullah masih hidup. Di mana beliau telah berkata;

"Telah keluar api di Madinah pada zaman kami iaitu pada tahun 654H. Ia adalah api yang sangat besar, keluar dari sebelah timur Madinah dari belakang al-Harrah al-Syarqiyyah. Ia adalah satu khabar yang sahih dan tersebar luas di seluruh bumi Syam (Syria, Palestin, Jordan dan sekitarnya) dan negara-negara lain. Berita ini juga saya dengar daripada mereka yang datang dari Madinah."

Para ahli sejarah mengatakan peristiwa tersebut bermula dengan bunyi letupan dan diikuti dengan satu gempa bumi dengan beberapa getaran yang menggoncangkan bangunan-bangunan.

Punyalah kuat getaran tersebut sehinggakan atap Masjid Nabi retak dan mengeluarkan bunyi rekahan.

Sebenarnya ada pelbagai versi yang telah dilaporkan oleh para ahli sejarah tetapi cerita para ahli sejarah tentang peristiwa tersebut tidaklah berlawanan di antara satu sama lain, hanyalah perbezaan kecil sahaja.

Di mana kesemua ahli sejarah ini melaporkan tentang kekuatan letupan gunung berapi itu dan lavanya yang mengalir ke arah Madinah.

Tetapi mujurlah dengan kehendak-Nya, bandar Madinah terselamat daripada kemusnahan.

Dikatakan masih ada lagi peninggalan kesan batu-batu terbakar yang mana kawasan itu kini terletak di jalan lingkaran dari jalan Lapangan Terbang Madinah menuju ke Quba'.

Bila mendengar kisah sebegini, ianya sekaligus menunjukkan kebenaran mukjizat Rasulullah S.A.W dan tanda kekuasaan Allah S.W.T di mana baginda pernah bersabda dan menjelaskan perkara tersebut;

"Tidak akan berlaku kiamat sehinggalah keluar api dari bumi Hijaz yang akan menerangi tengok unta di Busra (sebuah negeri di Syria). [HR. Sahih Bukhafi & Muslim]

Wallahualam.



*Rujukan:

- Madinah Munawwarah: Kelebihan dan Sejarah - Dr. Abdul Basit Abdul Rahman


___________________________
Zulfikar Egar
_____________________________

Comments