Allah Takkan Pandang, Takkan Cakap Dengan 8 Jenis Orang Ni..

 OLEH: Abu Aqif

Apa perasaan kita bila dalam satu majlis, tuan rumah mengelak untuk bercakap dengan kita?

Bukan kata cakap, pandang pun tak mahu.

Rasa terhina tak? Mestilah!

Bagaimana pula di majlis bersama Allah nanti pada hari Kiamat bila Allah tak nak bercakap dengan kita? Lebih la lagi rasa terhina tu. Orang hina ni tempat dia kat Neraka je.


Dari Hudzaifah bin Al-Yaman رضي الله عنه beliau berkata:

"Dahulu manusia bertanya kepada Rasulullah ﷺ tentang hal-hal yang baik tapi aku bertanya kepada beliau tentang hal-hal yang buruk agar jangan sampai menimpaku..." [HR Bukhari 6/615-616 & 13/35, Muslim 12/235-236].


Jadi, sebelum Allah tak menyapa, tak pandang kita, kita kena tahu macam mana nak elak benda ni:


1. Lelaki yang Isbal. Maksud Isbal adalah pakaian yang labuh sehingga bawah buku lali, dari atas ke bawah. Jika pakaian dari bawah ke atas melebihi buku lali tidak mengapa, seperti stokin atau safety boots. [HR. Muslim 106].

2. Orang yang mengungkit-ungkit pemberian. [HR. Muslim 106].

3. Bersumpah palsu untuk melariskan jualan. [HR. Muslim 106].

4. Orang tua yang berzina. [HR. Muslim, no. 172].

5. Pemimpin yang suka menipu. [HR. Muslim, no. 172].

6. Orang miskin yang sombong. [HR. Muslim, no. 172]. Maksud sombong adalah menolak kebenaran dan meremehkan orang lain. [HR. Muslim no. 91].

7. Seseorang yang ada kelebihan tetapi tidak mahu menolong Ibnu Sabil. [HR. Bukhari, Al-majmu' 35/16]. Ibnu Sabil adalah mereka terputus bekalan ketika bermusafir di luar daerahnya, tidak boleh teruskan perjalanan, tidak boleh pulang, tidak semestinya orang miskin. [as-Syarh al-Mumthi', 6/154-156].

8. Golongan yang taat kepada pemimpin hanya jika mendapat habuan. [HR. Bukhari, Al-majmu' 35/16].



[Gerakan PENA Malaysia]


Comments