OLEH: Ustaz Ahmad Fazrin Yahaya
Buat sahabat-sahabat Muslim saya yang saya kasihi,
Saya doakan kalian kuat untuk tidak mengucapkan selamat kepada rakan-rakan beragama Krisitan. Kita terlalu paranoid bahawa rakan-rakan kita akan terasa dan melabel kita sebagai ekstrim, tiada toleransi atau tak inklusif.
Percayalah, Islam diturunkan untuk disampaikan sebagai rahmat kepada sekalian alam. Jika anda sampaikan dan fahamkan mereka tentang murninya aqidah Islam, kekal bermuamalah dengan mereka dengan muamalah yang baik sebagai insan. Mereka pasti faham bahkan lebih menghormati kita.
Toleransi yang kita sangka kita sedang amalkan berdekad-dekad lamanya di negara Islam Malaysia ini, sebenarnya tidak memberi apa-apa kesan pun yang positif kepada penerimaan mereka terhadap Islam. Jika kesan negatif pula yang kita risaukan, banyak kesan negatif yang menanggapi kepala mereka adalah hasil dari sikap kita dan kegagalan kita menyampaikan risalah Islam dengan cara yang tepat dan maklumat yang sahih, bukan kerana kita tidak ucapkan selamat sempena perayaan mereka.
Moga Allah bimbing kita semua ke jalan yang benar, dan ampuni segala silap dan salah kita.
————
Comments
Post a Comment