Islam Menyambut Krismas?

 OLEH: Ustaz Huzaifah Hadis

Tidak hairan di zaman kini, jikalau mereka yang bernama Muhammad & Aisyah beriya-iya didalam menyambut Hari Krismas atas nama toleransi dan kebudayaan. 

Dalam masa yang sama, mereka yang bernama David & Michael tidak menghiraukan langsung perayaan Hari Raya IdulFitri sekalipun mereka mempunyai pemikiran yang terbuka.

Lebih terkejut lagi, bilamana muslim yang bernama Muhammad mengecam sesiapa yang tidak menyetujui perlakuan mereka. 

Ingatlah, kita memeluk Islam menggunakan syahadah yang terbit daripada lisan dan boleh menjadi murtad juga dengan lisan yang sama. 

Adakah kita merasa aman, bilamana menyambut perayaan agama lain dan mengucapkannya dengan lisan kita? 

Bagaimanakah pula kita merasa terkejut dengan hinanya umat Islam masa kini sedangkan kita sendiri berbangga-bangga menghinakannya? 

Ingatlah kemuliaan umat Islam bukan kerana ia berbangsa arab ataupun melayu, umat Islam dimuliakan kerana kita mengaplikasikan Islam. 

Bila kita menghinakan Islam dan membangga-banggakan agama lain, maka ketika itulah permulaan kita dihina.


[Gerakan PENA Malaysia]


Comments