OLEH: Abu Aqif
Dari Abdullah bin Amr bin Ash رضي الله عنه, Rasulullah ﷺ bersabda,
مَا مِنْ مُسْلِمٍ يَمُوتُ يَوْمَ الْجُمُعَةِ أَوْ لَيْلَةَ الْجُمُعَةِ إِلاَّ وَقَاهُ اللَّهُ فِتْنَةَ الْقَبْرِ
Setiap muslim yang meninggal di hari Jumaat atau malam Jumaat, maka Allah akan memberikan perlindungan baginya dari fitnah kubur. [HR. Ahmad 6739, Turmudzi 1074 dan dihasankan al-Albani].
Maksudnya: "Allah akan memberikan perlindungan baginya dari fitnah kubur" dijelaskan al-Mubarokfury dalam Syarh Sunan Turmudzi,
أي حفظه الله من فتنة القبر أي عذابه وسؤاله، وهو يحتمل الإطلاق والتقييد، والأول هو الأولى بالنسبة إلى فضل المولى
Maksudnya, Allah jaga dia dari fitnah kubur, iaitu pertanyaan dan azab kubur. Dan hadis ini boleh fahami secara mutlak (tanpa batasan) atau terbatas. Namun makna pertama (mutlak) lebih tepat, mengingat kurniaan Allah yang sangat luas. [Tuhfatul Ahwadzi, Syarh Sunan Turmudzi, 4/160].
Fitnah Kubur
Hani' رضي الله عنه, bekas hamba Usman bin Affan رضي الله عنه berkata,
"Kebiasaannya Usman رضي الله عنه jikqa berhenti di sebuah perkuburan, beliau menangis sehingga membasahi janggutnya. Lalu beliau رضي الله عنه ditanya,
'Sebutkan tentang syurga dan neraka engkau tidak menangis. Namun engkau menangis dengan sebab ini (melihat kubur), (Mengapa demikian?)'
Beliau menjawab, 'Sesungguhnya Rasulullah ﷺ bersabda,
'Kubur adalah persinggahan pertama dari (persinggahan-persinggahan) akhirat. Apabila seseorang selamat dari (keburukan)nya, maka setelah itu lebih mudah darinya; bila seseorang tidak selamat dari (keburukan)nya, maka setelah itu lebih berat darinya.'
Rasulullah ﷺ juga bersabda,
'Aku tidak melihat suatu pemandangan pun yang lebih menakutkan daripada kubur.'" [HR. At-Tirmidzi dan Ibnu Majah; dihasankan oleh syaikh al-Albani]

Comments
Post a Comment