Teguran dan Nasihat Buat Sifu, Fouder dan Agen Produk Semi-Lucah

 OLEH: Ustaz Huzaifah Hadis

Pandangan saya sifu-sifu marketing turut terlibat didalam merosakkan generasi muda sekarang dengan konten marketing lucah kecuali mereka sendiri telah berlepas diri dan menasihati founder-founder tersebut.

Selain sifu ialah agen-agen dan team jualan mereka. Kalau tiada agen dan team jualan nescaya mereka pun tidak boleh berbuat apa-apa.

Saya mengharapkan mana-mana sifu marketing yang ada anak didik dan client tidak kiralah client tersebut mengambil servis premium atau super premium supaya mendidik moral dan akhlak founder-founder yang bertuhankan duit ini. 

Jikalau anda salah seorang sifu, dan anda menegur dan menasihati anak-anak didik anda, tiada sebab untuk anda terasa.

P/s: Untuk founder-founder produk ini, ingatlah mungkin didunia Allah memberikan apa yang anda mahukan, tetapi anda tidak terlepas balasan atas apa yang anda lakukan kelak disana.

Sedekah jariah, upah umrah, bina madrasah tahfiz dan sebagainya tidak menghalalkan tindakan anda dan tidak akan memadamkan apa yang anda buat.



PRODUK SOFTPORN 

Inilah bahayanya bila tiada garis batasan dalam marketing. Asal boleh, tanpa mengira halal dan haram, tanpa mengira rosaknya pemikiran generasi muda akan datang, tanpa memikirkan tentang sifat malu yang seolah dibuang.

Apa yang penting, produk mesti laku. Jenama berunsur "semi-porn" pejam sebelah mata. Marketing yang jelas langgar syariah pun, pejam mata juga.

Baik founder mahupun agen. Yang merasa akibatnya, guru-guru yang mengajar generasi muda. Ibu bapa yang bertungkus-lumus membina generasi muda kepada pemikiran dan environment yang soleh.

Mereka sanggup berbuat sedemikian asalkan tiada ba Alif ba ya didalam. Bukan arak, bukan judi, bukan riba maka halal.

Rosak generasi, bukan urusan ku. Hatta kalau yang rosak pemikiran tersebut adalah anak-anak mereka sendiri, mereka tidak kisah dan hirau.

Demi material, demi wang ringgit, agama ditunggang, malu dibuang, generasi sampah terbina. 

Guru dan para pendidik pun akan lelah begini.

Mohon sangat jikalau ada dikalangan friend list  ataupun pembaca yang baca posting ini, yang sedang buat duit tepi menjadi agen untuk produk-produk sampah sebegini, bahkan founder sekali, tolong fikirkan generasi muda masa kini, anak-anak kamu, anak-anak kita sebelum tercebur didalam "marketing" produk sebegini.

Ingat, bukan sekadar kamu menolong rosaknya generasi tetapi juga yang sahih sumbernya juga tidak halal. Halal bukan hanya sekadar pada benda haram sahaja. Sumber yang tidak halal mengakibatkan hasilnya turut menjadi tidak halal.

Fikir-fikirkanlah.

Sama-sama kita bertanggungjawab atas generasi kecil kita.

P/s: Jangan salahkan ust, ustazah, cikgu, dan para pendidik tentang apa yg berlaku pada anak anda jikalau anda sendiri terlibat dalam mempromosikan produk-produk ketat, anjal, montok, tahan lama ini.


[Gerakan PENA Malaysia]

Comments