Wanita Muslim Malaysia Berkahwin Dengan Sikh India? Apa Salah Kita?

 OLEH: Ustaz Muhammad Izzat Al-Kutawi

Kelmarin keluar berita gadis Malaysia yang daripada namanya menunjukkan ia seorang Muslim, berkahwin dengan pemain hoki India. Saya mencari kalau-kalau ada bahagian yang mengatakan gadis tersebut murtad atau lelaki tersebut memeluk Islam, tetapi tidak ada. Sambil bersangka baik, saya yakin berita ini akan menjadi hangat kalau perkahwinan antara agama yang melibatkan wanita Melayu-Islam benar-benar berlaku.

Hari ini, telahan saya benar dan berita tersebut gempar. Saya tidak tahu status terkini agama perempuan itu (mengikut pengakuan dirinya sendiri), tetapi berdasarkan majlis perkahwinan - seperti yang dikongsikan dalam video yang disiarkan dalam berita TV di sana - dilangsungkan bukan secara Islam, bahkan kedua-dua pengantin dilihat bersujud kepada sesuatu selain Allah, tidak syak bahawa dia sudah keluar Islam (dan syahadahnya, walaupun dia mungkin mengaku masih Muslim, terbatal).

Kepada mereka yang mengatakan tidak mengapa memberi ucapan sempena Deepavali atas dasar tolerasi, kepada syarikat-syarikat Muslim yang membuat promosi dan memasang perhiasan sempena Krismas kononnya tidak menjejaskan iman, dan kepada orang-orang yang berbangga kerana ada berhala terbesar di negeri yang diperintah parti kesayangannya, semak balik pendirian anda. Ingatlah, kemungkaran besar bermula dengan kemungkaran kecil.

[Gerkana PENA Malaysia]

Comments