Tariqat Adalah Bid’ah

 OLEH: Ustaz Abid Annuriyy


Guru-guru tariqat dianggap agung, wali dan mempunyai kedudukan tinggi di sisi Allah, ruh mereka suci (sirr) boleh datang memberi pertolongan apabila diseru, ketika mereka hidup atau setelah mati.

Guru-guru tariqat diambil sebagai wasitah (orang tengah) dalam ibadah (seperti dalam menyebut nama guru tariqat dalam doa dan membayangkan wajah guru tariqat ketika zikir, akhirnya meminta hajat-hajat dari guru). Ini kerana mereka percaya guru mereka mempunyai wilayah (kewalian) dan sirr (ruh suci yang boleh datang memberi pertolongan apabila diseru). Ini syirik akbar!

Golongan tariqat sufiyyah mengambil guru mereka sebagai pelindung, pemberi pertolongan, ketika senang dan susah, serta perantara antara mereka dengan Allah.

Mereka menggantungkan harapan kepada guru mereka dan mereka takut kepada guru yang boleh mengenakan bala. Ada yang mencintai guru tariqat melebihi segala-galanya.

Hakikatnya golongan turuqiyyah mengambil guru mereka sebagai wali dan ilah (tuhan).


[Gerakan PENA Malaysia]


Comments