Contoh Menafsirkan Al-Quran Menggunakan Al-Quran

 OLEH: Ustaz Muhammad Fahmi Rusli


Berikut merupakan antara contoh mentafsirkan Al-Quran dengan ayat Al-Quran. Firman Allah S.W.T :

يَٰٓأَيُّهَا ٱلرُّسُلُ كُلُواْ مِنَ ٱلطَّيِّبَٰتِ وَٱعْمَلُواْ صَٰلِحًا ۖ إِنِّي بِمَا تَعْمَلُونَ عَلِيمٌ

Maksudnya : Wahai para rasul, makanlah kamu daripada (makanan-makanan) yang baik dan hendaklah kamu BERAMAL SOLEH. Sesungguhnya Aku Maha Mengetahui terhadap apa yang kamu lakukan.

Surah Al-Mu’minūn (51)

Dalam firman Allah yang lain :

يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ كُلُواْ مِن طَيِّبَٰتِ مَا رَزَقْنَٰكُمْ وَٱشْكُرُواْ لِلَّهِ إِن كُنتُمْ إِيَّاهُ تَعْبُدُونَ

Maksudnya : Wahai orang yang beriman, makanlah kamu daripada (makanan-makanan) yang baik yang telah Kami rezekikan kepada kamu dan hendaklah kamu BERSYUKUR kepada Allah, sekiranya kamu benar-benar mengabdikan diri kepada-Nya.

Surah Al-Baqarah (172)

Maka berdasarkan dua ayat di atas, kita boleh menyatakan : Syukur itu merupakan amalan soleh. Juga kita boleh katakan : Cara menzahirkan syukur adalah dengan beramal soleh.

والله الموفق


[Gerakan PENA Malaysia]


Comments