Boleh & Tidak Ketika Khutbah Jumaat

 OLEH: Abu Aqif

Boleh & Tidak Ketika Khutbah Jumaat


1. Mengucap salam, menjawab salam serta mendoakan orang yang bersin ketika imam sedang khutbah adalah dilarang.

2. Melarang kemungkaran dengan lisan juga terlarang.

3. Orang yang diajak berbicara oleh khatib kerana suatu keperluan boleh berbicara sekadar perlu.

4. Boleh berbicara sebelum dan sesudah khatib berkhutbah atau ketika khatib diam di antara dua khutbah.

5. Apabila ada orang yang mengucapkan salam hendaklah dijawab apabila khatib selesai berkhutbah atau di antara dua khutbah.

6. Boleh memberi isyarat kepada orang yang memberikan salam dan berjabat tangan tanpa berbicara.

7. Ketika mendengar khatib menyebut nama Rasulullah sallallahu alaihi wa sallam maka boleh berselawat secara perlahan, tidak dikeraskan.

8. Juga boleh mengaminkan doa khatib secara perlahan, tidak dikeraskan.

9. Boleh berbicara dalam keadaan darurat seperti para petugas di Masjidil Haram yang menegur jemaah yang duduk atau solat di laluan keluar masuk.

10. Dianjurkan solat tahiyyatul masjid walaupun ketika khatib sedang khutbah.

11. Boleh merakam khutbah.

[Rujuk Fatawa Lajnah, 8/240-250]


Dari Sahl bin Muadz dari bapanya (Muadz bin Anas Al-Juhaniy), dia berkata,


أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- نَهَى عَنِ الْحُبْوَةِ يَوْمَ الْجُمُعَةِ وَالإِمَامُ يَخْطُبُ

"Rasulullah ﷺ melarang dari duduk dengan memeluk lutut pada saat imam sedang berkhutbah."

[HR. Tirmidzi no. 514 dan Abu Daud no. 1110. Al Hafizh Abu Thahir menyatakan sanad hadis ini hasan].


[Gerakan PENA Malaysia]


Comments