Garpu Tala Versi Arab

 OLEH: Ustaz Zulfadhli Bin Mohd Razi



Al-Shaikh Soleh al-'Usaimi hafizahullah menceritakan bahawa terdapat seorang pemuda yang berbelah bagi untuk meminang seorang gadis.

Pemuda itu lalu berkata: "Saya akan membuka al-Qur'an dan saya akan lihat mana-mana ayat yang terpandang oleh mata saya, keputusan yang akan saya buat berdasarkan ayat tersebut".

Lalu dia pun membuka mushaf, lantas pandangannya tertumpu pada firman Allah Ta'ala dalam surah Taha: "Ambillah ia dan janganlah kamu takut", dia pun merasa gembira terhadap keputusan yang baik itu. Dia tidak tahu, bahawa ayat tersebut sebenarnya berbicara tentang ular.


___________________________
Ustaz Zulfadhli Bin Mohd Razi
_____________________________

Comments